Semenjak dua menjak ni, kegianan ku mem'baking' menjadi jadi. Gian je yang menjadi, baking nya tak jadik!! Masak ni perlukan passion kan? And mood. Kalo kita cam hangen hangen je, misti tak jadi. Sometimes, tengoj orang jugak. Ada orang masak lah apa pun misti sedap, misti jadi walaupun baru try first time.
Hari tu teringin nak makan buttercake. Dengan gigihnya pi mencari bahan and excited nak buat sambil susah bayangkan kesedapan kek tu. Sekali bantat!!! Arggghhh..marah! Hasil kek bantat telah ku rectify kan maka menjadikan nya triffle ku. Heh, sedap gak. Hahaha. Apesal bantat ek? Kek butter pun boleh failed?! Ni sudah kritikal. Maksudnya dah lama sangat tak ke dapur nih. Waduh..
Ok takpe kek bantat, kita stop buat kek jab. Sila google and cari resepi senang-misti-jadi-kalo-buat. Hahahaha. Maka terniat nak buat pavlova. Bahan semua ada, tinggal kerajinan nak buat je ada or tak de.
Setelah datang kerajinan, segalanya pun bermula. Eh cam senang sangat buatnya. Bile bakar smua pavlova ku cam semput. Heh. Tadi cam gunung kinabalu. Sekarang macam dh kena tarah. Betui ke tak ni? Well, the taste is there cuma rupa dia. Tak apa. Kita cuba lagi. Ni pavlova ku yang masih togel sedang dibakar. Gambar siap nan ado sebab kecewa dia go flat. Why why why? Tapi rasa masih sama. Dimana silapnya? Haih..harus dicoba sekali lagi.