Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, July 27, 2012

Pavlova

Semenjak dua menjak ni, kegianan ku mem'baking' menjadi jadi. Gian je yang menjadi, baking nya tak jadik!! Masak ni perlukan passion kan? And mood. Kalo kita cam hangen hangen je, misti tak jadi. Sometimes, tengoj orang jugak. Ada orang masak lah apa pun misti sedap, misti jadi walaupun  baru try first time.

Hari tu teringin nak makan buttercake. Dengan gigihnya pi mencari bahan and excited nak buat sambil susah bayangkan kesedapan kek tu. Sekali bantat!!! Arggghhh..marah! Hasil kek bantat telah ku rectify kan maka menjadikan nya triffle ku. Heh, sedap gak. Hahaha. Apesal bantat ek? Kek butter pun boleh failed?! Ni sudah kritikal. Maksudnya dah lama sangat tak ke dapur nih. Waduh..

Ok takpe kek bantat, kita stop buat kek jab. Sila google and cari resepi senang-misti-jadi-kalo-buat. Hahahaha. Maka terniat nak buat pavlova. Bahan semua ada, tinggal kerajinan nak buat je ada or tak de.

Setelah datang kerajinan, segalanya pun bermula. Eh cam senang sangat buatnya. Bile bakar smua pavlova ku cam semput. Heh. Tadi cam gunung kinabalu. Sekarang macam dh kena tarah. Betui ke tak ni? Well, the taste is there cuma rupa dia. Tak apa. Kita cuba lagi. Ni pavlova ku yang masih togel sedang dibakar. Gambar siap nan ado sebab kecewa dia go flat. Why why why? Tapi rasa masih sama. Dimana silapnya? Haih..harus dicoba sekali lagi.


Wednesday, July 25, 2012

What makes your day?

Aaaaahhhh~ Selamat Menyambut Ramadhan. It is not too late kan? After all it is just 5th Ramadhan. Kira sempat lah tu kan?

Di bulan puasa ni most of the topic is food. Apa nak makan or beli or masak. Food food food. Well i am not going to talk about puasa sangat pun. Cuma mukadimah nak start entri. Hehe.. Ye lah tak kan nak main terjah je kan.

So, what makes your day today?

As for me, biasa biasa je but it really makes my day when i can laugh on something with my special someone. Best kan? Especially when he can read between the lines. Hahaha..

This weekend gonna have iftar with my family at my mom's. Cadang nya nak buat pavlova since my sisters xpernah rasa. I pun tak pernah buat but apa salahnya kita try. Kalau menjadi boleh tambah brownie points sikit kan? Hahaha...if you know what i mean.

Ok till next entry. Salam Ramadhan. Lets make something good during Ramadhan k. Daa~


Tuesday, May 15, 2012

Tangan Yang Menggapai

Sedang saya membuat kerja hakiki seperti biasa pagi ini, secara tiba-tiba saja mulut ni menyanyi-nyanyi. Eh, seronok sangat ke buat kerja tu? Hahaha..memang tak lah kan. Anyway, it is normal to me. You know when you had your day when you sometimes sing all the songs that came up dalam kepala hotak yang kusut masai tu. Dari lagu Gaban sampai ke lagu nursery rhymes sampai ke KRU sampai lah ke 1 lagu ini. Ya ALLAH, terus kepala otak cam 'eh whats the lyric ek? eh cemana leh lupa nih?' and you start googled  the lyrics sampai lah mencari siapa artis yang menyanyi sampai lah cari youtube video clip nya. Unfortunately I couldn't find the original artist yang menyanyikan this song but ada this guy yang rajin buat clips and sing according to his arrangement. So-so lah because I like the original song and clip. So here's the song and the video clip. Saya selalu sedih when singing this song. This song really need to be on air again. Boley tak kalau nak request kat Hot FM? Hahaha..Why not kan? Ok Imma try and request the song kat Fb Hot FM. Tu pun kalau ada yang nak melayan I. Ngehehe..tak pe lah, belum cuba belum tau. Ok enjoy..





Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Jeritan suara
Titisan air mata
Tiada siapa yang endah

Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai
Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh luka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Ke manakah hilang
Peri kemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan

Atas kesedaran
Mari kita pastikan
Kisah yang sedih
Tidak berulang

Artis : N.S.R
Lagu : Dennise
Lirik Terbitan : S.C.A.N.

(Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-lagu-tangan-yang-mengapai.html#ixzz1uuLr4QJK)

Monday, May 14, 2012

Im seeing double

Aaaaahhh~ Im still finding time to update an entry regarding Bandung trip. Kesian kome kome semua. Maafkan lah diri ini yang amat kesuntukan masa. MAna nak siapkan account lagi mana nak ready nak audit (lambat kan? Yeah I know). Here's just a little something yang menenangkan otak den dikala keserabutan melanda. Haih! Serabut lah sangat kan?







Anyhoo~ will update lagi soon.

Sent from Samsung Mobile

Thursday, May 10, 2012

Need to say more?

Banyak nak update pasal trip ke Bandung but still could not find a time to update. Will try to find some time later k. As for right now....





Wednesday, May 9, 2012

Who are we to judge?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada reader(s) di luar sana. Entry ini ditulis atas rasa terganggu saya terhadap satu video budak didera yang sedang mounting di wall kebanyakan pemegang akaun FB. Yes, those who watch the video will definitely feel disturbed. I mean, who doesnt? Baby being slapped and kicked and sekeh and pinched. I cried! Tengok je video tu terus je teringat anak sendiri and I could not watch till the end of the video. Just a fee seconds je and then I could not take it. Too disturbing to me.


I tengok during my lunch time. Itu pun I was told by my mom. Terus sebak and nak nangis and I stopped. Tidak sanggup weh! Tindakan spontan of course lah marah but later in the evening I watch the news and it is said that the mother (si pendera) sedang menjalani 18month of jail akibat perbuatan dia tu. Dalam hati cakap apasal tak jailkan sekali si perakam video tu. Sama kejam! Lebih kejam kot, dah tengok tapi tak buat apa apa. Tak patut!
But who are we to judge si pendera tu? Kita sendiri pernah hilang sabar dengan anak. Cumanya kita mungkin masih mampu berfikir dengan rasional. Kita hentikan lah maki or marah dia di wall or comment box di FB tu.

Betul, sesiapa pun akan rasa marah terhadap video tersebut tapi dia sedang menjalani hukuman dia pun. Mungkin si ibu tu dah berubah. Betul? Sudah sudah lah ye. Kan lebih baik kita doakan yang terbaik kepada dua beranak tu. Semoga insaf dan kembali jaga anak tu. Anak perlukan ibunya walau macam mana teruk pun ibu tu,dia masih ibu kepada budak tu kan? Mudah mudahan si ibu tu dikurniakan perasaan kasih dan sayang yang banyak terhadap anak itu.


As at today (10th may 2012) : As what I read in Yahoo! News, si perakam video is the one yang make si pendera arrested. So, fair enough kot though it is still tak patut to record the video for 4 minutes long. I mean, sanggup pulak kau tengok budak tu kena dera for 4 minutes long? Geddit?

Thursday, April 26, 2012

Pre-Trip to Bandung

I is so excited going to Bandung actually! Ok excited sangat sampai tiada Assalamualaikum. Haih! Teruks! Again!

Assalamualikum & Salam 1 Malaysia. Haa..gitu. Baru betul!

Ok kembali excited! Mengapa? Bandung je kot. Orang lain trip ke Bandung tu macam nak pi KL je, apa kes nak heboh seantero dunia? Kesnya saya ke Bandung secara Gratis! Yes you got me right. GRATIS! PERCUMA ya'll. Ok-ok I know Bandung je kot. Whatever! Nak story jugak. I'm going with my whole small family under my company because we are having Family Day di sana. Weehuuu~  It's the very first time for my Armani boy to travel by aeroplane. I bet he's going to be excited too! At least I hope he is. Keterujaan ini juga adalah kerana ini kali pertama kami + anak bercuti just the three of us. Sila kecualikan rakan sepejabat yang pergi juga tu. Haha. Oh teruja! Teruja! Teruja!

This entry tak dapat nak story banyak pun lah because kami belum pun bertolak, cuma menyatakan rasa keterujaan itu. Jangan marah! Oh well, the bags are all packed. Si techik itu sahaja dah satu beg tau. Huh, dahsyat. Kami husband & wife just one big bag sahaja. Cukup. Tujuan utama adalah untuk shopping dan bukan untuk ber'Family Day' bersama rakan sepejabat. Haha. Teruks! I know, but kira ok lah sebab they provide one whole day untuk sukaneka. Datang jauh-jauh untuk bersukaneka. Inilah lah orang kata 'the grass is greener on the other side'- betul ke I tulis tu? (Ok sebarangkan. Did you sense the sarcasm? Ha ha). Family Day lah tu kan?

On top of all that I still rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dan the company for giving us such a treat. Yes I do from the bottom of my heart. Rasa terharu juga bila company appreciate us macam ni. Baru semangat nak bekerja dengan lebih baik. Despite of the 'makian' and such, they treat us juga lah. So, ok kot. Fair enough.

Ok, till then. Wait for the next entry. Entah-bila-nak-update-punya-entry. Ha ha.

Wednesday, March 14, 2012

Cuai

As Im writing this, teringat-ingat Dirang yang dibakar, budak 5 tahun yang masih lagi tidak tahu apa apa berkaitan dengan dunia ni. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu, Kau lindungilah semua kanak-kanak di dunia ini dari kekejaman, kezaliman, tidak berperikemanusian punya manusia ni. Sedih bila terkenangkan adik Dirang tu. Hati ibu mana yang tak tersentuh mendengarkan kisah yang menyayat hati tu.

Terus secara tidak langsung buat aku merenung kembali bagaimana aku menjaga anak sendiri. Allah cuma pinjamkan anak kepada kita, dan bila dia ambil kembali haknya, baru kita menyesal dengan tindakan kita yang kadang kala acuh tak acuh je dalam menjaga amanah Allah ni.

Bila dengar kisah macam ini, perlu rasanya kita renung kembali dan ubah cara didikan kita terhadap anak kita. Terlalu banyak kecuaian yang berlaku dalam menjaga anak ni semua kerana kita leka terhadap sesuatu yang tidak mendatangkan hasil. Ya Allah, jauhilah aku dari kecuaian sedemikian rupa. Anak yang jatuh tersembam kat jalan pun dah rasa macam such a bad mommy-itu under my watch at that time. Apa pula lah perasaan seorang ibu bila tau anaknya mati di bakar..nauzubillah!!!

Adakah dunia ni di akhir zaman sudah?

Semua ini perlu kita anggap as a sign yang Allah beri kepada kita. Jangan kita leka tengok tv, buat kerja kita, main facebook, twitter dan segala yang tidak berfaedah sangat tu and abaikan anak kecil tu. JANGAN!! A self reminder jugak. JANGAN! JANGAN! JANGAN! Tengokkan lah anak kecil tu. Layanlah dia. Jangan biarkan dia asyik merengek je. I mean pepandai lah kan you balance out your kerja.

Haih..aku cuma mampu berdoa agar di berikan yang terbaik dan ditunjukkan lah jalan yang terbaik dalam mendidik anak. Semoga Allah permudahkan segalanya. Berilah aku kelekaan dalam bersujud tahajud kepada mu Ya Allah dari kelekaan duniawi ni.

Thursday, February 16, 2012

Dunia dunia

Waaah, sungguh besar topik entri pagi ini.
Sebenarnya while i'm having my breakfast tiba tiba aje teringat cerita lama yang mana ada part Azhar Sulaiman jerit kat tepi tebing pantai kot "Ayuuuuuu...aku cinta padamu!!!" korang tau tak cite apa tu? Seriously i dont remember but i tau that part. Well, just wondering eh bukan wondering lah cam terfikir,wondering lah tu kan? Ceh! Ada tak lagi orang sanggup buat camtu? Yelah, when u shout at the ocean, no one hears you. Sekarang ni orang 'shout' kat facebook, twitter, blogs, mana lagi laman sosial yang ada? Hah 'shout' kat situ and the whole world will know. Kenal ke tidak ke the whole world will know. Hmm, jadi relevan kan menjerit kat pantai tu? Dunia dunia, how world change without we realising it. Hmm..

Dunia sudah berubah towards good thing-if you see it that way. Sudah kah saya? Just a piece of reminder for myself.

Tuesday, November 15, 2011

Kiasu ke?

Kalau dah mula update blog nih, mula lah banyak yang nak di share kan. Kalau dah stop sekali tu memang dah bersawang-sawang lah baru nak tengok balik ye?


Sepanjang hampir 10 bulan I menjadi mommy ni, macam-macam dalam kepala otak ni. Semuanya untuk si kecik tu. Especially bab belajar. Uish, kalau boleh semua benda yang kat pasaran tu nak beli. Semua! Baik mainan, vcd, dvd, cd, buku, alat bantu mengajar, semua nya nak beli. Untung lah I ada Encik Suami yang sangat prihatin dengan kedudukan kewangan I. Hahaha. Tersedar lah diri ni dengan kemampuan kewangan sendiri. Ish ish ish. Thank you sayang.


Honestly, I cannot bear my son being behind in terms of early childhood education. Kiasu kah? Maybe or maybe I nak tebus masa kerja I dengan masa untuk I raise my son? My husband said, that our son needs our time with him not those things we bought. Well, ada betulnya. Beli then bagi je dia hadap memang tak lah kan. Sampai sudah pun macam tu je. Oleh itu, I beli things yang I nak ajar je. I dont have guidelines nak ajar my son. Therefore I refer to this site www.islamicparentingnetwork.com and this site www.geniusbabyonboard.blogspot.com


Alhamdulillah, my son dah start kenal huruf hijaiyah and also alphabets. Usaha tanpa jemu. Those are some materials I use untuk play and learn with my baby. Method mengajar and bermain usually I ikut those two website i linked. The rest just ikut keadaan dan kreativiti tersendiri. I ada ikut or get ideas from my SIL. She's creative and I copy paste and adjust mengikut kesesuaian my son and his liking.


Picture credit to http://www.readnetwork.com/

Picture credit to http://www.readnetwork.com/

Picture credit to http://www.readnetwork.com/

Picture credit to http://www.readnetwork.com/



Berterus terang disini, mendidik anak lelaki sangat lah berbeza dengan anak perempuan. Ini kerana I've tried some ways untuk mengajar anak mengikut jejak langkah my SIL and Kak Watie yang anak-anak mereka perempuan belaka, kurang berkesan. Jadi terpaksa lah improvise sikit kan. Budak lelaki memang daya konsentrasi nya tinggi but at a short period. My son focus for the first 5 minutes je. The longest will be 10 to 15 minutes. Bergantung kepada liking nya terhadap sesuatu yang di ajar. If he does not like it much, what I did was learn for 5minutes play for 5 minutes and goes on for about half an hour. Lepas tu stop. Biar dia main. Oh well, cara masing-masing lah kan. Honestly I cannot let my son play without learning. Setiap detik tu sangat lah berharga. Kadang-kadang tunjuk flashcard without an effort pun. Just tayang and say the word. We never know that yang without much effort tu lah yang melekat kat dalam otak dia. I always think that way.


Kiasu sangat kan? No? Or memang jadi parent macam tu? Or maybe I'm surrounded with those yang lebih extreme dari I? Maybe?


 

Monday, November 14, 2011

Raising a son

Fuh..fuh..
Berhabuk page nih. Mana tak nya, last update sebelum raya itu hari. Ni dah abis Raya Qorban dah baru nak update? Dahsyat betul kesibukan siri yang melanda ni. Banyak perkara yang berlaku. Terlalu banyak untuk di cerita kan di dalam satu entri. Nak janji cerita di entri yang lain tu memang tak lah. Takut tidak dapat dipegang janji nya. Jadi yang lepas tu biarlah berlalu. Bila terdapat kelapangan nanti kita flashback² lah ye.


As for now, I'm struggling to raise up a son. Pening hooo~
Bukan pening apa, pening memikirkan cukup ke tidak I buat untuk bekalkan dia for t he real world. Jauh pemikiran seorang mommy ni kan?  Baru ku hargai pengorbanan seorang mak. Ish ish ish.


Hati mommy ni sangat lah risau nak besarkan Armani boy. The real world out there sangat lah dahsyat. I must prepare you with all the knowledge baik Islamic dan conventional. Cita-cita seorang mommy ni hanyalah untuk jadikan anaknya seorang yang beriman dan berilmu. Kalau lah ditakdirkan Armani boy seorang saja zuriat mommy, (which i hope tak lah), mommy nak Armani boy yang usungkan jenazah mommy nanti. Mudah-mudahan segala ilmu yang mommy dah ajarkan kepada Armani boy nanti di manfaatkan, dan semoga ilmu tersebut bekal untuk Armani boy di dunia & di akhirat kelak. Juga dengan ilmu yang telah mommy bekalkan untuk Armani boy tu, boleh lah juga dijadikan bekal untuk mommy di alam kubur nanti. InsyaAllah. Doa mommy untuk Armani boy adalah seumur hidup mommy.


Itu cita-cita mommy. Simple saja, tapi perlukan usaha yang kuat serta pengorbanan yang banyak. Jangan risau, mommy akan cuba. Kita cuba bersama-sama ye Aimar Armani. Mommy & daddy punya banyak kelemahan tapi Armani boy lah kekuatan kami. Kami tidak sepandai mana pun tapi kamulah azam kami untuk memajukan diri. Armani boy pelengkap mommy & daddy. Kami nak Armani boy lebih dari apa yang kami ada sekarang. Lebih berilmu, lebih beriman.


Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkan lah anak ku untuk menerima segala ilmu Mu yang aku ajarkan. Kau berkatilah segala ilmu tersebut. Kau lindungi lah dia dari sebarang niat jahat, hasad dengki, kesusahan, mala petaka. Kau lembutkan hatinya untuk belajar Al-Quran Ya Allah. Mudah-mudahan Alquran melekat dalam hatinya Ya Allah. Kau jadikan dia seorang Khalifah mu yang beriman kepada yang 6 itu (Rukun Iman). Berikanlah anak ku kesihatan yang baik agar dia dapat menjalankan tanggung jawabnya kepada Mu dengan lebih baik. Aku hanya hamba Mu yang lemah lagi hina. Semoga kau dengar dan makbulkan doa ku ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.


Bukan senang nak menjaga amanah Allah ni. Semoga di permudahkan segalanya. Amin.





Gambar Raya Aidilfitri 1432H itu hari





Gambar Raya 2




Gambar budak yang tengah pandai mengemas






Gambar budak yang tengah kemas magnet neneknya
 


Penyeri Mommy & Daddy : Budak bijak Aimar Armani



Friday, August 12, 2011

Puasa bersama anak dan suami

Ohoi..dah dokek sebulan lobih den tak hapdet blog. Apakan dayaku, bebanan kerja yang melambak.


Hokay..Puasa..


Dah 2minggu dah kita berpuasa ek? Kejab je. Shut up tak shut up lah kata F.B.I. Sedar tak sedar dah pun masuk hari ke 12 saya berpuasa. Alhamdulillah setakat ni masih ok. Sihat.


So, tahun ni berpuasa dengan suami dan anak. Oh yeah.. best ada anak. Menghiburkan. Bila penat balik kerja, tengok muka anak terus jadi ceria. Terlupa terus yang penat bekerja tadi. Akan tetapi, puasa, menyusukan anak, dan bekerja memang lah suatu yang mencabar at first. Rasa macam tak tahan nak completekan puasa sehari tu. Macam budak baru belajar berpuasa. Really. Ish ish. Teruk!


I must be strong i said to myself. Kalau I can do this during my pregnancy, why not now? Mencabar nya bila ditambah lagi anak sedang membesar, dah pandai crawling and semua tempat pun nak explore. Fuh, tak cukup napas teman jadinya.

Sekarang my lil boy dah makan, jadi setiap hari memikirkan menu apa nak buat untuk dia. Walaupun makan dia jauh lagi simple dari kita yang dah besar ni, challenge nya ialah nak cari something yang sesuai dengan dia punya liking. Banyak dah ku masak, only a few je yang kena ngan tekaknya.


Why not beli nestum je or instant food kat supermarket tu? Not that kedekut ek, tapi entah, i just want he eat whatever yang I masak. You know, makan masakan mommy nya sejak kecik lagi. Ni tidak, sejak kecik dah bagi yang instant and processed food. Dah lah pulak tu I dah mixed FM n EBM. Kesian lah. Tak dapat fully bf biarlah i masak untuk dia.

Tengoklah muka curiousity anak I yang sorang ni.










Monday, July 18, 2011

What makes your Monday worse?

Haaaaaaaaaaaaaaah~ Mengeluh panjang I. 

Penat lah. This whole half day of Monday makes me feels so tired. My Monday memang 'perfect' hari ni. Why?

Wake up early.
Then sakit perut.
Then siap lambat ke kerja.
Then realise yang I got habuk je dalam purse. Kesian. Lupa nak withdraw.
Then tengok kereta out of gas.
Pastu touch and go plak tak de credit.
GREAT!

Sampai office plak orang ni suruh itu, suruh ini, buat itu, buat ini. Kena marah lagi as if tak reti buat keja and on top of everything, i got urgent call which i missed semua kerana CELCOM. I donno why i did not received any of those calls. Tau-tau je dpt tons of messages of missed calls.

Sekian.

Friday, June 24, 2011

Wednesday, June 15, 2011

Day 13 - A photo of your favorite band or artist

Hahaha..when I read the title, I was like what is my favourite band or artist? seriously I went blank and then I started to remember the band that used to be my favourite.






OMG!! Rindu plak nak dengar songs dorang. Hehe..

Tuesday, June 14, 2011

Armani boy dah besar

Armani boy will turn 5 month next week. Oh boy, cepatnya masa berlalu
kan? Nearly 5month dah I'm being a mom. Best!


Armani boy can turn from his back during his 3month. Cepat kan? I'm
impressed! Genius little boy he is. He loves songs and words! No joke!
I start showing him YBCR since after pantang till now. During his
4month, he reaponded to the vids! Syukur! He's a genius little boy!
He is now weighted 6.5kg. Yup,his size is just an average size je. I
tak kisah as long as he's healthy.


My babysitter start to feed him solid food during he's 4month and I get
really upset because of it! Tak bagi chance langsung for me to decide
bila nak bagi dia makan. Alhamdulillah after my mom cakap dont feed
him solid food just yet, my babysitter listened to her. If tak my
babysitter tu asyik nak dia je betul. Ok malas cerita more on that.
Janji my boy makan on his 6month I dah puas hati. Tengah pikir what to
feed him.


Armani boy suka jerit-jerit. He's a happy baby. Dia active, suka
lompat-lompat sampai penat siapa yang mendukungnya. Sekarang ni semua
pun dia nak rasa-masuk mulut. Think I need to buy him something untuk
dia play. He's eager to know how everything tastes like. Kalau I
dukung dia, he'll 'makan' my tudung or shirt. He gets louder when he's
sleepy. Yeap..mulut dia akan bising nak bercakap-cakap. Once he gets
tired, he'll need me for his memilk and dengan senang dia tidur.
Oooohhh my baby boy..I'm just missing him so much hari ni. Tak sabar
nak pulang and hug him and see him do funny faces. Windu~

Day 12 - Your current relationship, if single discuss how single life is

Ok, I'm not single. Eh macam movie title plak. 
Current relationship : Married

Discuss :

What should I discuss about a married life?
Things that you must know, married life requires lots of tolerations, understanding, sacrifice, sharing, helping each other out and most important thing COMMUNICATIONS! Yeap, how hard it is or the situation is or how it will hurt either one's feeling, you gotta talk about it with your other half because it's not just about you, it's about both of you and it's about your relationship. Silence is a NO NO please.


I'm no expert in this, I just discuss it based on my experience. Marriage is something that should make you feel that you belong to each other, you compliment each other. It should work that way. 


Married life is great! I must say that but bare in mind every ups must have its downs. So, work things out together and never give up on each other and oh, please cooperate with your other half. It's important ya.

Monday, June 13, 2011

Day 11: A Photo of Your Favourite Moment

I dont know why but this is my most favourite moment. I always miss
this moment everytime I'm at work and how I wish I'm a WAHM. Though
he's not fully breastfeed, I'll make sure he gets every drop of my
milk-ya I know I've said that many times. Mommy loves you so much baby
boy!