Ohoi..dah dokek sebulan lobih den tak hapdet blog. Apakan dayaku, bebanan kerja yang melambak.
Hokay..Puasa..
Dah 2minggu dah kita berpuasa ek? Kejab je. Shut up tak shut up lah kata F.B.I. Sedar tak sedar dah pun masuk hari ke 12 saya berpuasa. Alhamdulillah setakat ni masih ok. Sihat.
So, tahun ni berpuasa dengan suami dan anak. Oh yeah.. best ada anak. Menghiburkan. Bila penat balik kerja, tengok muka anak terus jadi ceria. Terlupa terus yang penat bekerja tadi. Akan tetapi, puasa, menyusukan anak, dan bekerja memang lah suatu yang mencabar at first. Rasa macam tak tahan nak completekan puasa sehari tu. Macam budak baru belajar berpuasa. Really. Ish ish. Teruk!
I must be strong i said to myself. Kalau I can do this during my pregnancy, why not now? Mencabar nya bila ditambah lagi anak sedang membesar, dah pandai crawling and semua tempat pun nak explore. Fuh, tak cukup napas teman jadinya.
Sekarang my lil boy dah makan, jadi setiap hari memikirkan menu apa nak buat untuk dia. Walaupun makan dia jauh lagi simple dari kita yang dah besar ni, challenge nya ialah nak cari something yang sesuai dengan dia punya liking. Banyak dah ku masak, only a few je yang kena ngan tekaknya.
Why not beli nestum je or instant food kat supermarket tu? Not that kedekut ek, tapi entah, i just want he eat whatever yang I masak. You know, makan masakan mommy nya sejak kecik lagi. Ni tidak, sejak kecik dah bagi yang instant and processed food. Dah lah pulak tu I dah mixed FM n EBM. Kesian lah. Tak dapat fully bf biarlah i masak untuk dia.
Tengoklah muka curiousity anak I yang sorang ni.