Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, November 15, 2011

Kiasu ke?

Kalau dah mula update blog nih, mula lah banyak yang nak di share kan. Kalau dah stop sekali tu memang dah bersawang-sawang lah baru nak tengok balik ye?


Sepanjang hampir 10 bulan I menjadi mommy ni, macam-macam dalam kepala otak ni. Semuanya untuk si kecik tu. Especially bab belajar. Uish, kalau boleh semua benda yang kat pasaran tu nak beli. Semua! Baik mainan, vcd, dvd, cd, buku, alat bantu mengajar, semua nya nak beli. Untung lah I ada Encik Suami yang sangat prihatin dengan kedudukan kewangan I. Hahaha. Tersedar lah diri ni dengan kemampuan kewangan sendiri. Ish ish ish. Thank you sayang.


Honestly, I cannot bear my son being behind in terms of early childhood education. Kiasu kah? Maybe or maybe I nak tebus masa kerja I dengan masa untuk I raise my son? My husband said, that our son needs our time with him not those things we bought. Well, ada betulnya. Beli then bagi je dia hadap memang tak lah kan. Sampai sudah pun macam tu je. Oleh itu, I beli things yang I nak ajar je. I dont have guidelines nak ajar my son. Therefore I refer to this site www.islamicparentingnetwork.com and this site www.geniusbabyonboard.blogspot.com


Alhamdulillah, my son dah start kenal huruf hijaiyah and also alphabets. Usaha tanpa jemu. Those are some materials I use untuk play and learn with my baby. Method mengajar and bermain usually I ikut those two website i linked. The rest just ikut keadaan dan kreativiti tersendiri. I ada ikut or get ideas from my SIL. She's creative and I copy paste and adjust mengikut kesesuaian my son and his liking.


Picture credit to http://www.readnetwork.com/

Picture credit to http://www.readnetwork.com/

Picture credit to http://www.readnetwork.com/

Picture credit to http://www.readnetwork.com/



Berterus terang disini, mendidik anak lelaki sangat lah berbeza dengan anak perempuan. Ini kerana I've tried some ways untuk mengajar anak mengikut jejak langkah my SIL and Kak Watie yang anak-anak mereka perempuan belaka, kurang berkesan. Jadi terpaksa lah improvise sikit kan. Budak lelaki memang daya konsentrasi nya tinggi but at a short period. My son focus for the first 5 minutes je. The longest will be 10 to 15 minutes. Bergantung kepada liking nya terhadap sesuatu yang di ajar. If he does not like it much, what I did was learn for 5minutes play for 5 minutes and goes on for about half an hour. Lepas tu stop. Biar dia main. Oh well, cara masing-masing lah kan. Honestly I cannot let my son play without learning. Setiap detik tu sangat lah berharga. Kadang-kadang tunjuk flashcard without an effort pun. Just tayang and say the word. We never know that yang without much effort tu lah yang melekat kat dalam otak dia. I always think that way.


Kiasu sangat kan? No? Or memang jadi parent macam tu? Or maybe I'm surrounded with those yang lebih extreme dari I? Maybe?


 

Monday, November 14, 2011

Raising a son

Fuh..fuh..
Berhabuk page nih. Mana tak nya, last update sebelum raya itu hari. Ni dah abis Raya Qorban dah baru nak update? Dahsyat betul kesibukan siri yang melanda ni. Banyak perkara yang berlaku. Terlalu banyak untuk di cerita kan di dalam satu entri. Nak janji cerita di entri yang lain tu memang tak lah. Takut tidak dapat dipegang janji nya. Jadi yang lepas tu biarlah berlalu. Bila terdapat kelapangan nanti kita flashback² lah ye.


As for now, I'm struggling to raise up a son. Pening hooo~
Bukan pening apa, pening memikirkan cukup ke tidak I buat untuk bekalkan dia for t he real world. Jauh pemikiran seorang mommy ni kan?  Baru ku hargai pengorbanan seorang mak. Ish ish ish.


Hati mommy ni sangat lah risau nak besarkan Armani boy. The real world out there sangat lah dahsyat. I must prepare you with all the knowledge baik Islamic dan conventional. Cita-cita seorang mommy ni hanyalah untuk jadikan anaknya seorang yang beriman dan berilmu. Kalau lah ditakdirkan Armani boy seorang saja zuriat mommy, (which i hope tak lah), mommy nak Armani boy yang usungkan jenazah mommy nanti. Mudah-mudahan segala ilmu yang mommy dah ajarkan kepada Armani boy nanti di manfaatkan, dan semoga ilmu tersebut bekal untuk Armani boy di dunia & di akhirat kelak. Juga dengan ilmu yang telah mommy bekalkan untuk Armani boy tu, boleh lah juga dijadikan bekal untuk mommy di alam kubur nanti. InsyaAllah. Doa mommy untuk Armani boy adalah seumur hidup mommy.


Itu cita-cita mommy. Simple saja, tapi perlukan usaha yang kuat serta pengorbanan yang banyak. Jangan risau, mommy akan cuba. Kita cuba bersama-sama ye Aimar Armani. Mommy & daddy punya banyak kelemahan tapi Armani boy lah kekuatan kami. Kami tidak sepandai mana pun tapi kamulah azam kami untuk memajukan diri. Armani boy pelengkap mommy & daddy. Kami nak Armani boy lebih dari apa yang kami ada sekarang. Lebih berilmu, lebih beriman.


Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkan lah anak ku untuk menerima segala ilmu Mu yang aku ajarkan. Kau berkatilah segala ilmu tersebut. Kau lindungi lah dia dari sebarang niat jahat, hasad dengki, kesusahan, mala petaka. Kau lembutkan hatinya untuk belajar Al-Quran Ya Allah. Mudah-mudahan Alquran melekat dalam hatinya Ya Allah. Kau jadikan dia seorang Khalifah mu yang beriman kepada yang 6 itu (Rukun Iman). Berikanlah anak ku kesihatan yang baik agar dia dapat menjalankan tanggung jawabnya kepada Mu dengan lebih baik. Aku hanya hamba Mu yang lemah lagi hina. Semoga kau dengar dan makbulkan doa ku ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.


Bukan senang nak menjaga amanah Allah ni. Semoga di permudahkan segalanya. Amin.





Gambar Raya Aidilfitri 1432H itu hari





Gambar Raya 2




Gambar budak yang tengah pandai mengemas






Gambar budak yang tengah kemas magnet neneknya
 


Penyeri Mommy & Daddy : Budak bijak Aimar Armani