Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, October 29, 2010

Apa yang korang jumpa.....

Ahaaa..jumpa apa? Jumpa bila setiap hari nak pergi or balik dari pejabat. Standard lah kalau setiap pagi keluar pada waktu yang sama melalui jalan yang sama menuju ke destinasi yang sama selama 5 hari seminggu. Kadang-kadang 7 hari berturut pun lalui jalan yang sama. Tak bosan kah? Bosan untuk 5 hari lepas tu tak dah sebab lepas tu tujuan nya dah lain.


Ok ok, apa yang korang jumpa? Ke dah tak perasan apape dah sebab dah selalu sangat lalu jalan yang sama sampai boleh memandu sambil pejam mata. Dah expert sangat lah tu! Sila buka mata itu! Jangan nanti menyusahkan orang lain pula!


Musti korang yang keluar rumah setiap hari pada waktu sama tu, melalui jalan yang sama tu akan jumpa benda atau perkara yang sama. Macam contoh nya, eh kereta ni pun keluar sama dengan aku (untuk beberapa hari pertama), lepas tu kalau tak nampak kereta tu (eh takde pulak kereta tu semalam, dia cuti kot ke keluar lambat..eh kenapa aku kesah? Drive jelah pergi kerja sambil dengar radio tu).


Atau akan jumpa pemandu perempuan yang gila setiap kali nak pergi kerja dan bikin your blood go upstairs bila setiap kali berada di bontot keretanya atau dia tiba-tiba je berada di sebelah kereta korang dan mula nak start jadi gila dah yang tak sabar-sabar nak masuk lane tanpa memberi sebarang signal light lepas tu nak masuk lane korang tapi pandang the opposite way yang lepas tu juga buat korang mengelak sebab kegilaan dia yang boleh mengakibatkan statistik kemalangan di kawasan itu naik dan salah sorang contributor kepada statistik tu adalah korang dan juga dalam hati korang dah memaki hamun itu crazy lady driver terus spoil mood nak ke ofis dan sampai ofis muka trus kerut seribu! Habis facial malam tadi!


Ya, bagi yang menaiki public transport pula, mungkin korang akan terjumpa (ok, main agak je nih sebab kita drive ke ofis..hampun ya..tapi tak mo korang terasa di leftt out pulak kerana berkereta tak bermakno makcik kayo yah) minah or mamat yang sama (yang ni versi naik bas) lepas tu akan duduk tempat yang sama, lepas tu pasang mp3 kuat nak pekak telinga yang cuba menyaingi kekuatan radio dalam bas tu.


Atau..mamat yang wangi semerbak bila naik bas je confirm korang nak duduk dekat-dekat dengan dia sebab sekeliling kebanyakkan nya mamat indon yang bau baju macam kain tak kering di tambah perisa pulak dengan bau-bauan minyak rambut dan minyak wangi yang konon nya memang paling harum di seluruh semesta alam, yang mana bila mamat wangi tu takde korang dah macam ikan tak dapat air.Help! Help! Help!


Apa? Yang untuk naik LRT/Komuter cemana pulak? Penat lah den pikior. Apa kata korang pulak cerita kat haku. Bagi contoh-contoh dah lah.


Memang dasar blogger pemalas pikir betul kan? Apapo yo lah..makcik boring kat ofis sebenarnyo nih. Lepastu tetiba terasa annoyed by the crazy lady driver yang nasib baik tak ku jumpa hari ni. Kalau tidak musnah lah kebahagian Jumaat ku. Jangan lah terjumpa kau lagi atas jalan weiyh..bikin rosak aura pisitivity aku! (Tetiba je muka that crazy lady driver terlekat dalam kepala hotak ku dan tak mau keluar nih..)
Demm!

Wednesday, October 27, 2010

Mengidam?

Sejak-sejak preggy ni takde lah banyak I mengidam, tapi ada lah jugak. Sometimes I cant differentiate whether it's mengidam or just me terasa nak makan. 

Orang kata kalau mengidam ni , kalau tak dapat kita akan rs cm sedih gile, cam tak kira nak jugak-jugak! To me takde pulak cenggitu. Ada once lah yang I think I betul-betul mengidam.

Teringin nak makan Meehun Sup. That time I was about first trimester of pregnancy. Nak makan meehun sup yang kat pasar malam tapi tak sempat beli. Mr.H pulak balik lambat. Tried to sleep tapi tak boleh. Kepala hotak ni asyik teringat meehun sup. Dahsyat penangan meehun sup nih kan? Then tak tahan, nak makan jugak, I ask Mr.H untuk buy instant meehun sup instead. Itu pun jadilah sebab dah pukul 11 malam kedai mana lagi yan jual meehun sup? Beli kat 7E, balik terus masak and makan. Fuuhhh....terus tidur lena ye.

 
Ada sekali tu mengidam soto. Hari-hari pun cari soto. That time was during Raya month. My favourite soto shop tu tutup. I was abit frustrated but manage to handle it. Sekali tu nak jadi rezeki agaknya. Kat office ada buat makan-makan and makan SOTO!! Owh yummeh!
 
 
Baru-baru nih terasa nak makan JCO Donuts. Yeay! Sedap! Sedap! Sedap!
Yumm! Yumm! Yumm!
 
My all time favourite!
Lepas tu terasa nak makan strawberry chocolate. Selera omputih betul baby ku.
 
 

My very own strawberry chocolate

 

Saturday, October 23, 2010

My Belle Giveaway participation

www.myapeapeaje.blogspot.com

Pheewiit..Ok keterujaan I terserlah di sini (can you feel it??!!)

The moment I tau yang Belle and GBOB+PFA is having a giveaway haruslah segera enter. Lagi lah dengan hadiah yang sangat membikin mataku bersinar-sinar.

It's a simple contest je. Do help yourself and join. Kalau agak-agak dah takde idea sangat nak blogging pasal apa, hah..apo laie..sila join. A few clicks away je and at least tak lah bersawang belog korang (ceeewwaaaahh, memandai je haku cakap belog orang bersawang. Macam lah aku punya hebat sangat).
Jangan lupa letak nama I (yemma) as referral, that is if korang dapat tau about this from me la.


As for me (owh I tak lupa kan my referral ya) Kak Watie sendiri referral nya. No bias-bias tau. Dia just notify kat FB and I enter lah.


Ok, TAG!! You're IT!! Macam time budak-budak dulu. Versi melayu nye yang masa main kejar-kejar tu "KAMU JADIK!!!"
My dearest friend Mommy to Adzryl : Anita
and
My journalist friend : Ynna


Special thanks to the sponsor

www.geniusbabyonboard.blogspot.com

and


www.patiperfume.com

Thursday, October 21, 2010

#2 - Have you ever?

Part 2 entry of my previous one. How I sangat emotional about Meleys yang sangat typical around me! (yes I'm a Meley too). 


Straight to the point jo lah ek. Another thing yang I sangat emosi pasal Meleys ni sebab perasaan mereka. Perasaan apakah? Perasaan yang tidak sihat! Berpenyakit! Boleh letak kat pusat penyakit Kusta sana nun (bukan niat ku nak memperkecilkan pesakit Kusta ni ek. Sila jangan salah paham). Perasaan yang tidak boleh melihat orang lain senang or lebih or anything yang akan memercikkan perasaan cemburu di dalam hati nurani mereka. I'm not saying semua Meleys (cecey..kamu nak cakap kamu terkecuali ke cik kak?), tapi kebanyakkannya macam tu.


Ok kita kasi example di bigger scope sikit. Dalam perniagaan, contoh ek, kalau di lihat warga cha ya nun alif..apa je yang korang mintak nak beli jarang lah dia kata tak ada. Semua nya ada. Pelik? Kenapa musti pelik? Memang ada pun TAPI bukan kedai mereka, kedai warga mereka di nun sebelah sana. See, sikap yang sangat harus dicontohi. Bukan macam kita. Ish ish..no good tau.


Macam I (kesinambungan dari hujah yang lepas) , dah lah tak boleh balik awal (sape yang balik awal dikira PEMALAS), I yang degil ni nak balik jugak on time akan dipandang serong je. Haaa..tu apa namanya tu? Terpercik rasa cemburu kah mereka? Haduh..bantu lah mak cik dalam menangani masalah sebegini. Puas dah I buat tak tau, buat tak layan tapi penat jugak nak telan semua nih. 


Selagi telinga ni dapat menahan, maka akan ku tahan Jebat! Berusaha!! (baca macam alih bahasa cerita Jepun tau).

Wednesday, October 20, 2010

Lets talk about Education..

Ok, akibat terlalu banyak berfikir dan terlalu banyak benda yang hendak difikirkan, ini lah jadinya. I dont know what to blog about. I mean which should I blog first. Owh fening fening.

Lets start dengan Education. Well, this is not actually promoting or somewhat. It's just a lil something that I would like to share dengan others. Kengkonon fardhu kifayah lah at least kena sorang yang tau dalam satu komuniti tu. (Hahaha..betul ke nih? Mengong kamu Yemma.)


Have you heard about Early Childhood Education (ECE)? No? Yes? Adalah sikit?
Those who had no idea langsung or at least boleh mengagak apo kobondo nyo nih and nak tau lebih lanjut about it, I kasi brief sikit lah. I'm no expert. Masih ingin belajar.

ECE ni is teaching your child as early as 0-3 years. Teach your baby to read by the age of 1, teach them math or any language such as French or Mandarin anything! Ini adalah kerana otak baby is like a sponge. They can abosorb semua tu. And owh...ALL BABIES ARE BORN GENIUS ye, mind you. Some more yang I read somewhere I tak hengat lah (ampuni daku), at that age, babies' brain cell sedang tumbuh dengan jayanya and it need to be linked or connected or berhubung bak kata iklan Anmum Essential di TV tu, otak bayi mempunyai sel-sel otak yang perlu saling berhubung. Those cells if tak berhubung or connected akan mati. That doesnt mean yang otak anak anda kekurangan cells maka dia tidak pandai ye. Bukan bukan. Sila jangan panik. Maksudnya di sini, adalah rugi kalau kita tak help our baby to connect those cells! Membazir namanya! hehee.. (pandai lah kamu Yemma). Those cells help anak kita absorbs info dengan lebih cepat.

Alaaa..cemana nak bg contoh ek, haaa..macam Streamyx dengan Unifi (highspeed broadband). Mengapa Unifi lebih laju? Kerana dia mengguna fibre optic di mana terdapat lebih banyak jaluran yang digunakan untuk menghubungkan dari satu destinasi ke satu destinasi (ini dah macam nak belajar sains/engineering lah pulak). Haaa...lebih kurang itu lah. Agak-agak paham ke?


 Agak-agak terbuka sikit minda tu? Lets move to HOW? Yes, how oh how? How ni I got to leave it to the experts lah, at least yang berpengalaman lebih dari I. Like I said, saya masih belajar. Ok, to know more about it, you all boleh lihat di sini. The owner Kak Watie is a BFF of my SIL. Dari apa yang I tengok kat my niece ni after my SIL did all yang dia learn about ECE, memang proven! Ternyata BABIES ARE GENIUS! Kita je tak tau how.



So, I'm joining this seminar about ECE and I hope that you all can join too. Tidak terhad kepada siapa-siapa ye. Those yang memang interested, tercari-cari info kat google tu tapi tak banyak, maybe Kak Watie boleh share with us. Sila perah segala ilmu yang dia ada hokay! Dia tak kedekut ilmu. And owh yes, kalau you all still musykil or terasa I ni promote kakak ni terlebey-lebey sudah, boleh je baca testimonial those yang dah pergi ke that seminar sebelum ni.


 To tell you the truth, dulu memang negative thinking jugak lah I ni. Ye lah, terasa macam my SIL 'mendera' my niece tu. Yelah apa tidak nya, budak tu celik je mata dah di ajar membaca lah itu lah ini lah. I was like (gila challenging betul generasi budak-budak nih) but those thought were vanished (tanpa menggunakan produk pencuci vanished tu ye) when I'm pregnant. Oh haruslah KIASU jugak ye! Tak mau anak ku ketinggalan since I dah tengok my niece celik-celik mata dah kena belajar. This means that it's my baby's generation jugak. Jadi sebelum anak ku lahir telah ku ajar/stimulate dia. Owh baby dah start belajar semasa di dalam perut lagi ye (KIASU sangat tak haku?). Hey, Kak Watie said biar KIASU dari LESU. Bukanlah niat I nak bersaing, but for a good reason and future, why not? My SIL pun banyak share segala ilmu yang dia ada. SHARING IS CARING my dear reader.


So here I am sharing with you all something yang I rasa a good investment. Worth every Ringgit and Cents! (at least I'm gonna make it worth lah. Memang dasar accountant!!Hahahaa).

So, see you guys there? Nanti after the seminar I'll story lagi ye.


"ALL CHILDREN ARE BORN GENIUSES & we spend first 6 years of tehir lives degeniusing them" - R Buckwinster Fuller




Tuesday, October 19, 2010

What did you get from your mom when you are pregnant?

Auuwww.. I think this is amazing! Tiba-tiba terasa macam i should make this kinda like harus di perturun kan dari generasi ke generasi! Haha.. Sangat kuat berangan yer kamu Yemma.



As a first timer pregger ni sure lah got lotsa things yang I nak tau! Where to find or search for infos? Internet dah semestinya ada maklumat yang you all nak kan? Tapi of course you will turn to your mom jugak. Nasihat or experienced mak jugak yang best. As for me, I did the same cumanya I got extra! Hehee. She gave me a book during her pregnancy of me! Kagum gile. Terasa seolah-olah mendapat resepi turun temurun. Just imagine the age of the book lebih kurang sama dgn I ! Teruja!!



Though buku ni kira outdated, not all the infos kita tak boleh guna kan? At least you nampak overview of the book. It is based on true story jugak. The writer (doctor) wrote the book based on a ournal of a preggy lady start dia tau dia pregnan sampai lah give birth.



Just make use on the infos yang masih boleh digunakan. Look at the picture below. The date where my dad first bought the book!



 
My mom is about 3mth pregnant time ni..

And this..


How sweet kan?

 

Monday, October 18, 2010

I was thinking of...

continuing the earlier entry. Tapi otak bagai tak berfungsi sangat. I got so many things dalam kepala hotak ni. Plus hari ni macam banyak pulak kerja. So, maybe I'll try to post it later.

Sorry berlorry lorry..hehe

Friday, October 15, 2010

Have you ever?

Ceeewaah, entry title macam tajuk lagu pulak. I remembered that Mr. H dulu pernah gave me this song. Oh terharu!


Ok, this is not about song, it's about pernah tak korang face situation where your surrounding semua, ok not all but mostly negative minded people. Kalau tak negative sangat pun at least orang tu typical type of person? How? Let me give example on what happen to me.


I work in a company yang mana all the staff are Meleis. This is my second company yang semua nya Meleis. Current co. ok sikit lah dari yang first, tapi Meleis will be Meleis. Abis ko tu bukan Melayu? Yes, I admit that I'm purely Malay tiada kacukan mana-mana. Kacukan ayah dan mak je lah. Tapi apa yang I notice is cara pemikiran orang-orang kita ni somehow masih lagi terlalu kolot. Sometimes we are not open to changes. Takut menghadapi perubahan, takutkan benda baru or maybe dah terlalu lama berada dalam 'comfort zone'.


Apa yang I kurang setuju is that pertamanya, sesiapa yang pulang tajam setelah tamat waktu bekerja akan di kira 'tak rajin'. Oh come on! I know some said that we are in developing country, memang macam tu. Tak boleh compare dengan negara yang dah maju or fully develop. Is it? Why not? Kenapa contoh yang baik tak boleh di ambil iktibar. I'm a person that believe in balance working life. Time kerja, kerja lah betul-betul. Time balik, means balik lah. Berapa lama lagi nak tercongok kat office tu? It's true that dekat United Kingdom nun jauh di sana tu siapa yang balik lambat di kira tak efficient. Kenapa kita tak boleh adapt the same thing. Ini tidak, the longer you stay means hardworking. I've tried so many times untuk tegakkan pendapat I ni but in the end memang I dapat susah la.


Sekarang teknologi dah makin canggih, it'll help cepatkan sikit kerja. I honestly tak kisah if kena balik lambat sikit. Kerja tak siap, balik lambat sikit tak pe. If kerja dah siap, nak mengadap PC kat office tu kenapa lagi? Kalau hari-hari? Apa ingt life ni is about work je ke. Sekarang I dont have kid lagi. Boleh lah lagi nak balik lambat sikit everyday. nanti dah ada anak, I'm not willing to sacrifice my time for work. Come on, 8 hours straight anak tu orang lain jaga, takkan lah tak nak balik cepat and tengok muka anak? Believe me money cant buy you time. Being able to raise baby kita with our own hand walaupun kita dapat that time hanya selepas office hour. Kalau macam tu berhenti kerja and duduk rumah jaga anak je lah. Yes, how I wish I can!

I wonder kenapa orang kita still ada that kind of thinking. Yang pelik nya mereka semua ni ada anak. Sekarang world is getting challenging! Budak sekarang beberapa jam selepas lahir je dah bukak mata tau! Anak-anak ni, belum lahir lagi dah di ajar mendengar, melihat, merasa. Dah keluar je perut mommy dah ada dah books, toys untuk stimulate the baby, untuk baby belajar membaca. By the age of 5 month dah ada yang boleh membaca. Zaman dah berubah. Penat lah I cuba let them know. Tapi thinking dorang ni terlalu typical!.


Ada yang kata kesian baby tu celik je mata dah kena belajar but what they didnt know is that baby nak all that. Time dorang ni baby lah masa terbaik untuk dorang absorbs all the info. Otak dorang bagaikan sponge at the age of 0-6 years old. Kenapa kita tak gunakan masa itu untuk ajar mereka, serapkan terapkan dengan segala ilmu yang boleh. Majority humans ni cuma menggunakan 2% je dari otak mereka (I hope info ni betul. I pernah terbaca somewhere). Tengok betapa besarnya capacity otak kita ni.


See how times fly. Sure ada yang kata, dulu I kerja lebih je time tapi anak I masuk 'U', study bagus je. Kenapa you tak boleh buat camtu. Betul, I tak nafikan tapi hey, anak I ke anak you sekarang ni? Doesnt mean I kena ikut what you did dulu my kid akan jadi mcm yours.


Ok dah banyak tersasar ni. The main point here is, kalau kerja I siap, apa salah I kalau balik on time. It shouldnt be a problem kan. Kenapa begitu pemikiran mereka? Why? WHy? Why?


Another reason will continue in my next entry.

Thursday, October 14, 2010

Test


Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 15(15)
Right Brain/ Left Brain Quiz


The Right Brain


According to the left-brain, right-brain dominance theory, the right side of the brain is best at expressive and creative tasks. Some of the abilities that are popularly associated with the right side of the brain include:

• Recognizing faces

• Expressing emotions

• Music

• Reading emotions

• Color

• Images

• Intuition

• Creativity

The Left Brain


The left-side of the brain is considered to be adept at tasks that involve logic, language and analytical thinking. The left-brain is often described as being better at:

• Language

• Logic

• Critical thinking

• Numbers

• Reasoning

Wednesday, October 13, 2010

Guilty!

Hari ni bangun seperti biasa, solat kemudian siapkan bekalan untuk Mr. H breakfast di office, sent him off to work (hantar dekat pagar je) then bersiap to work. Macam hari-hari lain sometimes I take a cup of milk before off to work. Jadi hari ini is 1 of the day lah.
 
 
During my shower perut dah rasa semacam. Sesampai je kat office terus meluru ke toilet. Tak sakit perut pun cuma ada rasa nak pass gas tapi tiba-tiba terus macam nak tercirit. Selang 10minit I repeatedly ke toilet. Within 1 hour adalah dalam 5 kali. Semua nya 'watery' je yang keluar. I started feeling tired. Dalam hati dah nekad, sekali lagi ke toilet memang I balik and see the doc. Hmm..There goes another trip to the toilet.

Angkat bag and ask for leave dengan my bos and off to see the doc. The doc said I makan tak on time (true! Kat office I susah nak cari tempat makan. I malas nak keluar panas terik and look for food pun). Angin sudah masuk and dah jadi gastrik. Danggg..Apa yang lagi menakutkan - to me lah, when doc said..

"Your baby needs food. So dia akan send signal to your body that dia perlukan food. At the same time, baby akan absorb whatever nutriens or food yg needed for the baby dari you. Jadi body akan merembeskan asid dengan harapan food is coming in untuk mendigestkan food tu untuk your baby. Bila tak dapat your BABY AKAN STRESS" - trust me masa this word being used, berderau darah I. Poor my baby! Guilty sangat ok!. "When the demand for food is there tapi food nyer takde, tu yang menyebabkan you feel bloated je because the gas from the asid is filling ur stomach. You kena consume food in small portion and kerap. Makan every 2 hours. Tak kisah lah roti ke biskut ke as long as your stomach is filled with food"


OMG! I was worried sick - memang sakit pun sebab tu dapat MC hari ni. It's my fault! Tak makan or makan lambat - consider tak makan jugak, makes my baby stress. Agaknya itulah sebab during last scan tu nampak mukanya monyok je. I was so down sebab I sendiri yang penyebab nya and the effect is on the baby! Tuhan je tau how sad I am. Risaunya. Mulai sekarang I'll eat every 2 hours. Lapar ke tak lapar ke kena makan jugak. Kesian to this lil baby.

I wonder lah macam mana orang tergamak nak membuang anak sedangkan dia yang kandungkan sendiri anak tu selama 9 bulan. I yang baru 6 month pregnant ni pun terasa sangat GUILTY and SEDIH all because tak makan on time and buat baby stress dalam tummy ni. How could they? Uwaaaa...sedih tau.
 
 

Tuesday, October 12, 2010

Ke'excited'an Mommy

It's my lunch hour at the office. I dont feel like eating walaupun ada terasa kekembungan perut kerana angin ni tapi tak lapar lah, apa nak buat. Baby mommy pun macam tidur je dalam ni. Lets just find something to eat abit later ye baby.


I'm looking for baby's learning stuff. Tengah survey-survey the net ni apa buku yang menarik. I've heard about buku 'Your Baby Can Read'. Menarik jugak. I nak beli tapi my husband said kita try search kat major bookstore ke kalau-kalau ada. It's hard to find jugak sebenarnya but it's ok sebab dah tau mana nak cari.


Tengah ku berfikir-fikir what else i need to prepare for my baby ni, tiba-tiba ter'pop-up' dalam kepala I yang kena buat majlis aqiqah. Adoi, mommy..how can you forget this. Then I immediately remind my husband on it. Banyak lagi nak pakai duit tu rupanya. Hehehe..Demi baby mommy, mommy tak kisah.

Kena menyimpan lebih sikit start from now. Time is running out.

I hope everything will be allright. Doa banyak-banyak yang I dapat bersalin normal. Harap-harap di makbulkan lah doa ku ini.

Maid oh maid



(Picture source : Googled)



The first question that pops in my head is, 'Apa yang bestnya having maid?'. I tak tahu lah orang lain tapi I dont really like having maid. Maybe to orang lain, having maid meringankan beban kerja di rumah tapi to me, entah lah. Maybe jugak I have experience yang tak menggembirakan sangat having maid.


Being raised by a fulltime housewife mom made me feel like having maid is not necessary pun. I pernah jugak tengok fulltime working mom not having any maid tapi still mampu untuk handle the house but then the kids were sent to a caretaker or nursery lah. I admit it must have been hard to the mom sebab balik kerja kena kemas rumah or masak, then esok pagi before leaving to work kena cuci kain and jemur semua. It's possible with a help of husband kan? Jadi why take maid? Then again the answer is very subjective. Masing-masing ada own views and opinion. I tak salah kan siapa-siapa.


The thing is I'm staying with my MIL together with my SIL and her family. Yes, 1 big happy family under 1 roof. So far there have been no problem pun. Semua ok and baik-baik saja. Cuma nya I never like the maid's work. Seriously, I tak suka. In terms of her cook, I can take it but in terms of housework, I really dont like it! Mungkin juga I'm comparing the work done by maid and my mom, of course tak sama sebab mom do it with all her heart because rumah tu rumah dia, baju tu baju dia, dia tau susah payah nak kluar duit nak membeli nya. Main never appreciate it. Trust me! NEVER!


First she (the maid) cuci baju tak pernahnya wangi - I wonder why.


My SIL pernah overheard dia merungut pasal kena buat kerja itu ini. Come on, you are being paid for it ok!


She never appreciate barang orang. Ada a few of my baju yang terbakar dekat bahagian gambar tu - you know what I mean kan?


Always macam tantrum bila macam kitorang buat makan-makan and her workload lebih dari biasa.


Owh and sometimes dia cuci pinggan pun tak bersih mana.


Kalau kerja rumah macam mopping ke sweeping ke I tak nak komen sangat lah. Huhu.


Jadi either the maid tu memang bukan jenis yang 'ok' to some of you or I yang banyak songeh.


Apa-apa pun I dont think I'm gonna get a maid if we have move t our own place.


I just dont trust outsider and having someone you dont trust in your home memang akan mengundang pelbagai negative thought. Jadi, it's a NO NO!


Monday, October 11, 2010

My baby you...

Ahaaa..

My baby you are the reason I could fly...


Haha..semalam tengok Persandingan Kayangan Dr. S.M.S. The wedding ceremony tu ada lagu Marc Anthony nih. I cakap, "sayang..lagu wedding kita" to Mr.H and he said "wedding kita tak keluar TV, plus I'm no angkasawan pun". Olololo..terharu! Hehehe. He might not be angkasawan negara but he's the father of my baby ni plus he's everything to me, my bestest friend, my shoulder to cry on, my punching bag, my heart and soul and my strength. Lagi hebat dari angkasawan kan? Hehehe. I bet he knew though I tak cakap kat dia directly.


Ok, last entry I promise nak upload gambar my lil kiddy in my tummy ni kan? Here's the baby, yang bagi i strength to face segala ke'tension'an di office ni (not always). My pillar untuk keep the positive energy in me. Just like father dia. I love you both!







So cute dari dalam tummy lagi.

Nanti keluar dari perut mommy jangan naughty-naughty tau sayang. Be good, belajar rajin-rajin, jadi someone yang better dari mommy. U can do anything that you want but do it with all your heart n make sure jangan separuh jalan tau! Hehe, sempat lagi berpesan kat si tecik ni.


I perasan something, semakin dekat dengan due, semakin I feel stronger and sayang to this kiddy. Kuat semangat walau how hard I dengar cerita orang sakit nak bersalin but everytime I look at my baby, i feel stronger! I yakin boleh deliver normal. InsyaALLAH. Doakan lah ye.






I like this picture. Nampak sgt cumel macam tgh asleep je. Tenang je tengok. Harap-harap, dah keluar nanti pun akan menenangkan hati mommy.









Owh this is the best picture. My favourite!

My baby you~

Friday, October 8, 2010

How exhausted it can be..

Oh my oh my..

Penat!!

Kenapa?

Penat berfikir.

I never know that it can be this exhausting! Serious wey penat!

Despite of being happy yesterday, ada jugak yang tak happy nya. Tapi ada hikmah semua tu rupanya. Heheh. What makes me tak happy semalam is the cost of my check up! Nak tau berapa? RM400+!!

My goodness! Macam nak pengsan! Lucky I got cash. Tengok kan detail bill apa yang mahal sangat? Specialist procedures fee RM250?! Mak ai, procedures apakah? Belum lagi di campur dengan lain-lain charges. Ok, and so I thought that itu normal charge when you check up at private hospital. Oleh kerana ketidak-puasan hati ku itu, I went and asked around. Tanya semua my inlaws adakah betul charges tu. Hmm..

Semua pun never been charge that much tapi they don't deny that memang ada possibility kena charge sampai macam tu because I had an injection. Oklah, nevermind.

But you know what? Because of that I did some study on what to expect, what to do, what to ask pihak hospital. I gain lots of infos from friends. Bagusnya. Tak pelah, learn by mistake kan orang kata.

So lepas ni i continue check up with klinik biasa, then when dah dekat2 nak deliver tu, baru check up kat hospital. Kena ada at least 2 or 3 records kat hospital tu je. No worries ya.

I think i might want to do the 3D/4D scan. Rasanya worth it tak?

Thursday, October 7, 2010

I am one happy Mommy-to-be!!

Owh yess.. Memang tersangat happy today. I could not describe it in words. Allah je yang tau happy nya seorang hamba Nya yang hina ni.


Genap 25weeks! Baby mommy dh 6 bulan dalam perut mommy. Baby mommy dah lasak menendang-nendang, berpusing-pusing ke situ ke sini dalam perut mommy. Happy ye kat dalam tu? Mommy really hope baby happy kat dalam pewot mommy ye.


The doctor did the ultrasound scan. I can see the baby's face, legs and hands! Sangat happy. I feel like nak hold my baby dah! Cute! Masa the doctor scan tu, muka baby sangat monyok je. Berkerut! Tapi tersangat lah cute to me. Bayangkan lah dalam pewot mommy dia lagi dah pandai berkerut mukanya, keluar nanti misti suka moncong je ek? Jangan macam tu ye baby. Kena murah dengan senyuman. Baru orang suka berkawan ngan kita. Senang je hati org berkawan dengan kita. Tau baby tau?


Wanna se my baby?


Nanti i upload kan ye. Kat office ni, susah sikit.

Tuesday, October 5, 2010

Bila far apart...

Yesterday my Mr. H went for outstation. Tidak lah jauh mana pun, dalam Malaysia je. Hehehe. Again, tak tau lah sebab preggy ke apa, I just felt sangat lonely. Rindunya kemain lagi. Padahal before this pun dia pernah outstation. Biasa je, before I know it dia dah balik dah pun, tapi this time terasa macam lambatnya masa berlalu.

I was planning to do something yang dah lama tertangguh while he's not around, tapi i just had no mood to do anything. So i just read some magz to kill time and straight went to bed. Sangat tak de mood ok.

When you are apart from your other half, you start to realise how much you mis his/ her company and how much you love him/ her.

Yup, I miss my Mr. H so much..uwaaa..


Monday, October 4, 2010

Baby mommy!

Today is 4th October 2010. According to doctor, baby mommy dah 24 weeks in mommy's tummy. I can feel the quickening clearly and more often now. It's fun and 1 experience you would want to treasure for the rest of your life.

I keep on talking to my baby because I know the baby can know listen to my voice. At 1st it felt awkward talking to yourself but I dont care, I want the baby to listen to mommy's voice. Lagipun baby sebenarnya absorbs all those yang kita cakap kat dia. This is the time nak ajar dia, nak berpesan kat dia. Bila dia dah keluar dari mommy's tummy nanti kita just refresh the baby's memory je.

Otak baby macam sponge said my SIL. Jangan rasa pelik or bersalah ajar baby since dalam perut lagi. The baby is learning now. 

Ok, according to this site, this is the progress of my baby now.



Mommy Daddy loves you so much dearie. Keep on growing and stay healthy ye sayang.

I dah scan the gender of the baby, but lets wait for this coming 7th October for mommy's next visit to see gynea to confirm on the gender. Boy or girl mommy sayang je and mommy excited to have you.

Can't wait for this Thursday!

Friday, October 1, 2010

How to increase your blog rate

I'm sure semua orang tau how to increase blog rate korang.

Contest

Yup, 1 of it is by doing contest. Be it by posting an entry or being 1 of the lucky reader.


Yang I nak cerita kat sini is by being 1 of the lucky ready. Most blogger will put a stat counter dekat page dorang. Who ever yang hit the lucky number yang blogger tu nak will get a special prezie. It's fun when you're apart of it. You can see the counter is ticking gile laju! Within second je dah naik 20, 30 and counting. You must be really lucky lah kalau hit the number.


I saja take part or I must say, try my luck to be 1 of the lucky reader. Serious terperanjat tengok the counter counting. I take part in Lady Verde's contest ni. Saje je. Sekali tuh..hah hamik..terperanjat kemain laju betul stat counter tu.


Well, I donno if I'm the lucky 1 cz I missed by 1 number. Huhu..




It was fun tho..

Jadi sesiapa yang rasa-rasa nak increase blog rate boley lah try.