Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, December 31, 2010

Blog rate..

Haha.. remember my post yang ini?

I think ada additional for that.

Macam mana kamu nak increase blog rate? Ye..jadilah awek kepada pemain bola sepak negara sekarang. Definitely your facebook tiba-tiba ramai orang add dan your blog traffic memang increasing kalah pasaran saham semasa. 

No lah Im not jealous. Just that it's so powerful when someone you knew is 'somebody'. Lagi-lagi kalau dipanggil wira negara.

Oh well, I'm not a fan of football player sebenarnya. I like the game..sometimes but not the player. I was schooling with footballer. Maybe that's why tak berapa gemor ngan dorang ni.

Muka pecah pun bila hang score sebijik ada yang panggil hang beckham malaya. Selalu tertanya-tanya, what makes them so special? Setakat pandai main bola jer! Muka pun tak seberapa. Pastu baru sangat menamatkan kemarau kejayaan untuk pasukan bola sepak negara. Tu pun diangkat dijulang bagai nak rak. Entah lah..donia..donia..


I just hope that baby ni tak jadi pemain bola sepak lah. Omak tak suko nak oi. Kalau nak jadi sportsmen jadi lah yang lain selain pemain bola. Jadi pemain squash ke, tenis ke omak tak kisah. Jangan pemain bola. Omak tak suko. Kalau baby gurl, jangan lag ekau bokonan pemain bola. Omak tak izinkan.

Saturday, November 27, 2010

November to Remember

Masih kah anda-anda ingat akan entry saya yang mengatakan akan membuat kesimpulan tentang keistimewaan November saya?
Ape? Tak hengat? Hah, tidak mengapalah. (Hai Yemma, kau pikir kau sangat glamer sampai entry kau semua orang mau ingat? Berpijak lah di bumi yang nyata!. Bangun wei!)

Ok, sepanjang saya mencari konklusi (eh macam lagu Hujan pulak) akan entry untuk November ini, banyak lah perkara yang dilalui. Kepahitan di November pastinya ada ya anda-anda semua. Biasalah politics at the office which never stop! Penat? Letih? Yup, so am I. Sape seangkatan dengan saya?

In short, baru-baru ni My Boss tukarkan my place, my workstation, my kedudukan tempat di dalam department ku itu. I bet you all can guess mengapakah terjadinya sedemikian. Yes, tak cukup enough lagi could not caught me right handed using internet at the office, masih tak cukup enough lagi I di sound dengan suara bak halilintar membelah bumi, masih tidak cukup enough lagi I can finish my task on time and pulang awal dari yang lain (after office hour ni), dia tukarkan tempat duduk saya next to his office. Iya, dengan alasan mau memantau saya dengan lebih lanjut. I really dont give a shit at all. Suka hati Tuan Boss lah. Penat bermain dengan permainan mereka ni. Sungguh saya tidak terdaya lagi tapi ku tahan Jebat! So, that is it as a summary to my bitterness of November. Bosan sungguh dengan penulisan perenggan yang ini. Saya juga. Lets move on shall we?


Ok, kemanisan November. Here are some happiness in November which is so PRICELESS! I'm so thankful and blessed for all the things that happen in November (yang best-best je lah, yang tak best tu anggap je lah dugaan ye).


November 1st

Its my MIL birthday. She gave me senaskah Al-Quran sebagai  amalan harian. Mudah-mudahan dia juga mendapat kebaikan dari pemberian tu. Thanks Mak.


November 3rd

Alhamdulillah, I got a chance to make 3D/4D scan! Rezeki baby I guessed sebab at first it was fully booked. The result, sangat touching. My heart macam melting ( yang betul-betul melt tau) looking at my baby inside of me. Tak tergambar betapa besarnya kekuasaan ALLAH time tu. I just feel like I want to hug my baby masa tu. I love u baby and baby's daddy jugak lah. Without him I could not get the baby. Hahahaha..

My lil kiddy in my tummy


November 9th

Its my birthday. Yeay! A simple treat from Mr. H. Cukup menggembirakan!

Tak sempat nak rasa this 1 sebab dah kenyang sangat



Me love Bubba Gump!


Lt. Dent ape ntah nama meal ni. Sedap! Sangat Sedap!


I also cant remember the name of the meal. Sedap jugak!!


Im 1 fulled and satisfied customer


Thanks to mu Forrest Gump here. Muah! I love you!


Inilah hasil nya. Hahaha..


Thanks to BB juga atas hadiah istimewa ini.


November 26th

Berjalan ke Malaysia Baby, Children & Parents Expo mencari keperluan terakhir untuk mommy & baby. Macam nak patah kaki ku! Tak larat! 

That's all for now. Today ada dating menonton Harry Potter! Yeay. Lama gile wei tak menonton wayang.


December? Ada lagi perkara menarik yang di nanti. Owh sungguh cant wait lagi.

Nantikan ya..

Tuesday, November 16, 2010

B.O.S.A.N

Entry terpendek ever!

Esok ialah Hari Raya Aidil Adha.

Though takde lah semangat macam nak raya Aidilfitri kan, tapi impak dia agak maksima juga lah.

Seriously, boring gile weyyy!!





Tersangat lah malas nak buat kerja.

This short entry di buat lagi 10 minit nak pulang ke pangkuan suami terchenta.

Arghh..nape lah lambat sangat!



Monday, November 15, 2010

My very own special weekend

Ya kawan-kawan...

Apa yang membuatkan weekend anda special? Like me, every weekend is special tau. Yer lah, it's the only time dapat spend Quality Time together-gether.


Kan best tu. Special gitew! Priceless okay! Mana mau dapat? Kedai tak dak jual tau. Lagi lah bila sepanjang weekdays tu stressful. Eeeeeuuuuwww..Kalau boleh never want the weekend to end kan? Everyday weekend! Memang bestlah.


Ok my weekend simple je yet to me, it's fun! Cuma kena bangun awal lah. Teehee~ It's actually one of the reason too. Nak biasakan diri bangun awal. Tak mo lah bila weekend je belengkau kat katil sampai matahari dah tegak kat atas kepala. Usually bila kami orang macam tu, weekend tu rasa sangat pendek. Sangat lah tak puas. Jadi we decided untuk bangun awal dan jogging and strolling di taman tasik. Best! Udara yang nyaman, tengok pelbagai jenis orang ( yerlah kalau kat ofis kan balik-balik muka orang tu je. Dah lah menyampah nak tengok muka dia, kena pulak mengadap 5 hari seminggu 8 jam sehari..oh tidaaaakkk!!! ). As for incik suami, dia berjogging lah adn for me for sure just strolling around. Tak larat babe dengan perut jalan kedepan dulu dari me, jangan lah buat pasal nak jogging pulak. Sometimes we ask my baby sister to join sekali. Dia memang rajin nak jogging. Tambah lagi baru dapat kasut baru! Semangat!


Semangat for good thing tak pe lah kan. Jadi, I plan to have this activity every weekend. Best! Maybe kalau dah boring boley tukar tasik pulak. Nanti dah ada baby pun nak try buat macam sekarang so that dia dah di terapkan dengan gaya hidup yang sihat. Boleh bangun pagi and beriadah. Sambil strolling, I bersembang dengan dia, telling how nice the trees and the area. Konon macam breathtaking sangat lah, but at least it's something to talk to my baby. Belajar appreciate the nature.

So how's you weekend? Any great activity? Manatau boleh share and bertukar-tukar activity. That way tak de lah asyik nak buat bend yang sama je, betul tak?


Sesi stretching ni



Incik Suami, Baby Sister and Tuan Ayah


Kena beli jugak kasut ni! Mana boleh dorang je ada.



Sunday, November 14, 2010

#2 Baby Mommy

After taking a shower just now I bersihkan my breast. My mom said it's normal during pregnancy to have your nipple some sort of kering and kuping sikit-sikit. Need to bersihkan sofly using baby oil and cotton bud or facial cotton. Tapi tadi as I'm bersihkan, dia keluar some sort of cecair, tak banyak, sikit je colour kuning-kuning macam golden yellow camtu. Normal ke? Takut jugak. Manalah tau something wrong ke. Takut lah i ter'press' my nipple tu kuat sangat. Tak sakit though. I hope it's normal. Try cari kat internet, tapi tak jumpa pulak. Last-last lain pulak yang ku cari. Teehee~

Wondering how's my baby inside. Sekarang dah makin active and bijak. Everyday before nak tidur I told my baby it's time to sleep. So sekarang bila malam time nak tidur tak lah active sangat. Pandai lah baby mommy ni. 



Dah masuk third trimester dah sekarang ni. Nervous jugak. Last week pergi check up, the doctor said that my baby's weight is around 1.4kg. Ok lah tu kot, lebih kurang je macam yang kat atas ni cakap.




Betul lah! Memang sekarang rasa macam nak semput je. Penat. Nafas tu macam tak cukup. Memang cepat penat! Itu pun masih ada hati nak pergi Petrosains. Hahaha.. 

Semalam ada hati ajak Mr. H pergi Petrosains. Entah apo mimpi pun tak tau lah. A solid NO for an answer lah kan. Dah tau dah, tapi saje je nak ajak. Keluar ke Tesco cari barang sikit. Haaa..Allah tu nak tunjuk, kau pikir kau tu larat sangat ke nak berjalan sini sana. Baru je jalan dalam dua aisle dah semput. I need to sit I said to him. Penat! Cam nak cukup nafas! Then kena bebel lah dengan Tuan Suami. Haaa, tu ada hati nak pergi Petrosains tu. Yemma, kau tahan je lah telinga tu sampai 5 tahun lagi. Hahahahaaaa..


Above picture ada said that psychologically, you may become cranky. Hehehe..memang betul. Cepat je nak marah. Agaknya dah penat, tu yang cepat je nak marah. Sian Mr. H. Bersabar ye. Kerenah ibu mengandung, macam ni lah.

Friday, November 12, 2010

Entry tertunggak

Seriously babe, banyak entry tertunggak ni. Banyak yang I wanna share with korang akan tetapi masih belum berkesempatan nak mengadap lappy ni. Al maklumlah, mommy-to-be ni sometimes memang tak larat sangat-sangat. Namun ku gagahi juga yang mana yang termampu lah.

Owh, since NOVEMBER is a wonderful month, apa kata nanti I compile kan aje the story yang menarik, tertarik dan da bomb tu nanti. Baru best. Lots of picture sekali. Ni asyik perkataan je ye dak?

Tak pe, nanti kan ye korang. Yang pasti sepanjang November ni, weekend nya memang sentiasa menarik! To me lah. I hope for the same to korang.

Till then, harap korang enjoy your weekend ya.

Owh by the way, I heard there'll Pureen Warehouse Sale dekat PJ starting tomorrow till this Sunday di PJ.

That thing you do..

Hello fellas..

Before I start, korang remember tak dengan entry ini? Well, ini kesinambungan entry tersebut.

Pepatah ada cakap memaku dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih. 

Lagi pepatah melayu lain juga ada kata bagaikan ketam mengajar anak berjalan.

I'm sure korang tau the meaning of those idioms.Tak perlu lah di terangkan panjang lebar lagi. Lihatkan dari pepatah tu pun korang dah boleh agak what's the story morning glory lah kan? Senyum..senyum ada makna tu.

Yes my dear reader(s), my SENIOR officer itu yang telah SOUND daku di dalam sebuah department yang sekangkang kera dengan suara bak HALILINTAR MEMBELAH BUMI itu (hey, serious babe dah lama haku tak guna ayat ni. Ayat feberet I ni dulu) telah terkantoi dengan me FB-ING during office hour. I was like dey makcik, lu memang cakap tak serupa bikin. Lain kali dont talk shit if you cant get hold of your words. Memang B to the U to the L to the L to the S to the H to the I to the T!!

Wanna know the full story? Pendek je, no worries..masih sempat baca sebelum bos lalu balik keluar toilet tu. 

I was back from performing my prayer. Nak enter department ku itu ( kena tanggal kasut and kena touch access card before entering), I was struggling nak tanggalkan my shoe, so macam took me a a while la (tapi tak lah lama sangat). I was bending or cane ek, terbongkok skit kat pintu department tu. Pintu department tu ada cermin so u can see people inside lah. Kebetulan I bend down sikit tu I saw straight to her PC. Jelas, terang dan nyata sedang FB-ING. That time I  already touch my card and the door unlocked. Dengan pantas dia logout but it's all too late coz I know what you did a few second ago makcik.

I tengok je muka dia while passing thru her workstation and gave her a smile. Cynical smile. Tak tau lah kalau she still didnt geddit. Itu memang buta perut, buta kayu lah tu kalau still tak paham.

ALLAH tu kalau nak tunjuk, a few second tu je dah memadai. Sudah cukup! So-called-busy kan? Oh yes, 'fair lah sangat' tu kan? Orang lain FB kena blocked, tapi your PC tidak. 
FAIR ENOUGH!


( Banyak nya tulisan merah. Cantik juga kan?)

Tuesday, November 9, 2010

The best day in NOVEMBER!!

Heyloo heyloo..

Not much to say, just wishing my self a very



Owh saya sangat happy!


Though I had plan nothing for today, it's a special day itself.

Alhamdulillah, I'm still alive up till today, expecting a baby some more, is bless with a husband (i love you so much sayang), living a wonderful life of our own..I'm just thankful for everything. 




Happy day!!

Wednesday, November 3, 2010

Early Childhood Education Seminar

Yess all mommies out there. I'm sharing with you something from the seminar I went last Saturday (30th October 2010). Yeap! I've been waiting for the seminar for so long. Excited ok! 

It all started when my SIL had a baby. Serious weiy! Celik je mata budak tu dah kena belajar. I mean the baby being feed with educational video (tak kisah lah kau nak, mak tayang je, kau tengok ye). I pity the baby at that time. Budak tu baru je nak kenal dunia, engkau dah suruh dia belajar? Kesiaaaaaannnnn (macam dalam cite P.Ramlee tu). This is where you are WRONG!

Ok lepas tengok kan budak tu as if teruk kena dera kena belajar (of course lah I didnt tell my SIL, anak dia tau lah apa yang dia buat yang haku sibuk nak interfere dah kenapa?), I had this thought..kalau lah budak tu kecik lagi dah suruh belajar, owh sangat challenging dunia sekarang ni, I wouldnt want my baby to be missed out from semua tu. Harus lah aku pun start awal macam my SIL. Sian kau nak, tapi it's for your own good. Dengan harapan dan doa moga-moga my baby tak jadi macam kes budak pintar sofea tu yang masuk Harvard and end up as a pros. Nauzubillah! That kid ada bad past tapi still, perumpamaan nya, tak mau lah jadi cenggitu.
Back to the point, and so I did some google-ing on Early Childhood Education (ECE) nih. Turns out kat oversea tu dah banyak dah kesedaran on it. Even dah banyak research, dah banyak books (eh how, banyak, books lagi, kan S tu dah menandakan plural..ah abaikan)dah banyak medium pembelajaran untuk si kecil tu starting dari dia baru lahir lagi. Kita kat Malaysia ni je kurang dapat pendedahan. NO sebenarnya kita ORANG-ORANG MELAYU ni je yang masih berada di takuk yang lama. Sape yang ada kesedaran tu sila kecualikan diri anda ya. That leads me to more google-ing, at this point I was already panic! Mana tak nya..

"Pendidikan Seharusnya bermula sembilan bulan sebelum kelahiran" - Maria montessori, Pengasas Kaedah Pembelajaran Montessori.

Ok, lagi menguatkan perasaan panic ku, I'm 7 month late dalam educating my baby. I trust this quote sebab dulu masa tadika I was in the kindergarden yang menggunakan this method. Hey, it works ok. Though takde lah bright sangat dulu but I believe it works




That leads me to the seminar. I was hunger for information. I need answers. I want to know how. Thanks to Kak Watie - Pengasas Genius Baby On Board yang tak kedekut ilmu langsung! She even bagi consultation on good education material untuk baby dan yang paling penting mengikut money wise. Al maklumlah taraf kehidupan miskin bandar ni memaksa kami berkira on every Ringgit and Cents spend. The seminar? It worth every cent my dear! Terbuka lah sikit mata ni, dapat lah sikit gambaran. 

Apa yang penting yang I pick from the seminar, never underestimate your baby. NEVER! Baby tu kalau dia lahir je dah boleh bercakap, they'll say, mommy, please lah feed me dengan knowledge. Yes mommy dearie semua, otak baby mengandungi sel-sel yang terbentuk dari setiap apa yang baru mereka pelajari, and from time to time, they will need to link the brain cell because the cell will die if tidak di gunakan. Bayangkan betapa ruginya kalau tak digunakan. Dah tentu lah kalau ikut logik, the more the better kan?

And before I forgot, the longer time you take to start educating your baby, the harder it will get. Bak kata pepatah melayu, Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya. Your baby is now the rebung ok. Sila start sekarang!!


More on the seminar will share with you next entry. As for now, baby ku dah lapar. Nak pergi makan dulu ya.


Enjoy some of the pictures.



Tempat seminar yang sangat cosy. I loike!



Above are the education product yang Kak Watie tu jual.


Feels like home when you come to the place.

And of course lah the brilliant mommies and dad yang attend the seminar.Kak Watie is the 1 in purple blouse.


and owh, kalau interested in knowing more, just give Kak Watie a call. Cakap je dapat her number from me.




Tuesday, November 2, 2010

Remembering November

Not in a good way I must say. Dalam pada I tengah happy welcoming November ni, ada perkara yang terjadi. Kinda frustrated with what has happened, but tak pelah. I take it as a challenge! Lepas ni jangan harap I akan balik lambat lagi! NO WAY!! 

Things happen macam ni..

I was in for work sharp pukul 8.30am. Then I had my breakfast (breakfast time is during anytime before office hour start till 8.45). Betul lepas 8.45am I went back to my workstation. Macam biasa, start the morning with checking my inbox, bukak google reader looking for any updated blog and open it in a new tab. Bila free sikit i can take my time to read up the blog(s).

I'm using gmail, ada gtalk (usually I gtalk with Mr.H, you know lah, lebih jimat lebih cepat). Nama pun dah husband, apa lah sangat nak di gtalk kan. Setakat cakap I'm coming home a bit late, I'm having lunch with sekian sekian, I'm off to lunch now, leceh lah system kat my office ni, eh dear u try baca this blog..kelakar! Ok fine, it's consider chit chatting, but it doesnt affect my assignment. I did finish my task on time. I buat everything siap. 

And so I'm doing my rutine at that time. Then came my senior...

"Ema, akak nak cakap sikit lah. Time kerja jangan lah nak ber'facebook-facebook'(mind you my office dah block smua social networking sites and I tak tau mana dia dapat the idea I'm FB-ing. Kalau on mobile pun I'm not doing it during work - ok tipu,ada lah during work but once a while. Bila agak-agak otak tepu), asyik main internet jer."
"Eh, manade saya main facebook, kat sini mana boleh bukak facebook"
"Abis tu yang kat tab bawah tu apa?"
"Itu email saya." sambil opening the tab showing her the email.
"Tak kisah lah apa pun, time kerja, kerja lah sebab TAK FAIR lah untuk kitorang. Kitorang kat sini banyak kerja."
"Eh, tapi kerja saya semua siap kan?"
"Tak kisah lah tu, daripada belakang orang tengok tak ni lah. Orang lain semua buat kerja (ye lah sangat tu, padahal ada je PC kat situ yang tak kena block FB and they were FB-ing terang terangan)"
"Hmm..Yelah"

My ears rasa panas sangat. My cheeks are blushing. She sounded me in front of the whole department with her loud and clear voice. Definitely semua orang dengar. That department is not that big. 
I admit that I'm wrong for misusing the company's internet facilities for my own personal use. But that doesn't mean I'm neglacting my work there. I do chat on gtalk once a while tapi bukannyer jejaskan my job. I admit I do google things for my personal interest still, I did finish up my work on time. 

What ever I do, I'm still putting my job on top of everything when I'm at work. I'm frustrated because of what she said 'It's NOT FAIR to others'. Tell me what is fair? They can go to cafeteria anytime they want to have breakfast, they spend nearly hours during tea break (which I dont take at all, maybe sometimes je) and chit chatting there. And working late to finish their work. Fair enuff lah sebab dorang dah take working hours dorang untuk break. So, pandai lah cover balik. I'm just peeking my gtalk once a while (alaa, macam korang  tengok message kat handphone lah). Cakap pasal handphone, bos I sound cakap jangan asyik tengok handphone je. Tak paham betul. It's called multitasking ya. Apa yang penting kerja siap on time. I may be a bit slow at first sebab I'm new to the system. I'm trying to learn as fast as I can but accusing me always internet-ing during work sangat lah dumb. It's all about online nowadays. To me ape yang penting, kerja siap. Kenapa perlu bezakan kerja sama banyak ke tak. Dah terang-terang dia SENIOR OFFICER kat situ, tangga gaji pun SENIOR juga, jadi worklad pun harus lah SENIOR! Why must there be issues on fair or not kerja SENIOR banyak dari executive entry level nih?

Haaaaaiiii..entah lah. Macam ni lah kalau kerja dengan company yang semua nya Melayu. I dont know why, but Melayu dan sifat dengki nya tak pernah luput. I've see this thing coming sebenarnya. Though I felt humiliated jugak (macam kena lempang laju-laju depan orang ramai), I feel funny. Funny how the world evolves, the technology evolves but not their mindset, not their views. Tak sepadan dengan arus perkembangan semasa. Terlalu lama agaknya berada di comfort zone. 

I'm blaming myself for being too advance in this matter. Ye lah, I'm forecasting my future, but they are forecasting next few hours. 

I guess that is why makin ramai yang give up working under an organization. The beaurocracy, the politics, the suck-up asses is too tiring. All you want to do is work, earn and live a happy live. These people, wont let you do so. Jadi to survive, my husband always said...

Quit or suck it up unless you have other choice.

Suck it up je lah. I got no choice.

Friday, October 29, 2010

Apa yang korang jumpa.....

Ahaaa..jumpa apa? Jumpa bila setiap hari nak pergi or balik dari pejabat. Standard lah kalau setiap pagi keluar pada waktu yang sama melalui jalan yang sama menuju ke destinasi yang sama selama 5 hari seminggu. Kadang-kadang 7 hari berturut pun lalui jalan yang sama. Tak bosan kah? Bosan untuk 5 hari lepas tu tak dah sebab lepas tu tujuan nya dah lain.


Ok ok, apa yang korang jumpa? Ke dah tak perasan apape dah sebab dah selalu sangat lalu jalan yang sama sampai boleh memandu sambil pejam mata. Dah expert sangat lah tu! Sila buka mata itu! Jangan nanti menyusahkan orang lain pula!


Musti korang yang keluar rumah setiap hari pada waktu sama tu, melalui jalan yang sama tu akan jumpa benda atau perkara yang sama. Macam contoh nya, eh kereta ni pun keluar sama dengan aku (untuk beberapa hari pertama), lepas tu kalau tak nampak kereta tu (eh takde pulak kereta tu semalam, dia cuti kot ke keluar lambat..eh kenapa aku kesah? Drive jelah pergi kerja sambil dengar radio tu).


Atau akan jumpa pemandu perempuan yang gila setiap kali nak pergi kerja dan bikin your blood go upstairs bila setiap kali berada di bontot keretanya atau dia tiba-tiba je berada di sebelah kereta korang dan mula nak start jadi gila dah yang tak sabar-sabar nak masuk lane tanpa memberi sebarang signal light lepas tu nak masuk lane korang tapi pandang the opposite way yang lepas tu juga buat korang mengelak sebab kegilaan dia yang boleh mengakibatkan statistik kemalangan di kawasan itu naik dan salah sorang contributor kepada statistik tu adalah korang dan juga dalam hati korang dah memaki hamun itu crazy lady driver terus spoil mood nak ke ofis dan sampai ofis muka trus kerut seribu! Habis facial malam tadi!


Ya, bagi yang menaiki public transport pula, mungkin korang akan terjumpa (ok, main agak je nih sebab kita drive ke ofis..hampun ya..tapi tak mo korang terasa di leftt out pulak kerana berkereta tak bermakno makcik kayo yah) minah or mamat yang sama (yang ni versi naik bas) lepas tu akan duduk tempat yang sama, lepas tu pasang mp3 kuat nak pekak telinga yang cuba menyaingi kekuatan radio dalam bas tu.


Atau..mamat yang wangi semerbak bila naik bas je confirm korang nak duduk dekat-dekat dengan dia sebab sekeliling kebanyakkan nya mamat indon yang bau baju macam kain tak kering di tambah perisa pulak dengan bau-bauan minyak rambut dan minyak wangi yang konon nya memang paling harum di seluruh semesta alam, yang mana bila mamat wangi tu takde korang dah macam ikan tak dapat air.Help! Help! Help!


Apa? Yang untuk naik LRT/Komuter cemana pulak? Penat lah den pikior. Apa kata korang pulak cerita kat haku. Bagi contoh-contoh dah lah.


Memang dasar blogger pemalas pikir betul kan? Apapo yo lah..makcik boring kat ofis sebenarnyo nih. Lepastu tetiba terasa annoyed by the crazy lady driver yang nasib baik tak ku jumpa hari ni. Kalau tidak musnah lah kebahagian Jumaat ku. Jangan lah terjumpa kau lagi atas jalan weiyh..bikin rosak aura pisitivity aku! (Tetiba je muka that crazy lady driver terlekat dalam kepala hotak ku dan tak mau keluar nih..)
Demm!

Wednesday, October 27, 2010

Mengidam?

Sejak-sejak preggy ni takde lah banyak I mengidam, tapi ada lah jugak. Sometimes I cant differentiate whether it's mengidam or just me terasa nak makan. 

Orang kata kalau mengidam ni , kalau tak dapat kita akan rs cm sedih gile, cam tak kira nak jugak-jugak! To me takde pulak cenggitu. Ada once lah yang I think I betul-betul mengidam.

Teringin nak makan Meehun Sup. That time I was about first trimester of pregnancy. Nak makan meehun sup yang kat pasar malam tapi tak sempat beli. Mr.H pulak balik lambat. Tried to sleep tapi tak boleh. Kepala hotak ni asyik teringat meehun sup. Dahsyat penangan meehun sup nih kan? Then tak tahan, nak makan jugak, I ask Mr.H untuk buy instant meehun sup instead. Itu pun jadilah sebab dah pukul 11 malam kedai mana lagi yan jual meehun sup? Beli kat 7E, balik terus masak and makan. Fuuhhh....terus tidur lena ye.

 
Ada sekali tu mengidam soto. Hari-hari pun cari soto. That time was during Raya month. My favourite soto shop tu tutup. I was abit frustrated but manage to handle it. Sekali tu nak jadi rezeki agaknya. Kat office ada buat makan-makan and makan SOTO!! Owh yummeh!
 
 
Baru-baru nih terasa nak makan JCO Donuts. Yeay! Sedap! Sedap! Sedap!
Yumm! Yumm! Yumm!
 
My all time favourite!
Lepas tu terasa nak makan strawberry chocolate. Selera omputih betul baby ku.
 
 

My very own strawberry chocolate

 

Saturday, October 23, 2010

My Belle Giveaway participation

www.myapeapeaje.blogspot.com

Pheewiit..Ok keterujaan I terserlah di sini (can you feel it??!!)

The moment I tau yang Belle and GBOB+PFA is having a giveaway haruslah segera enter. Lagi lah dengan hadiah yang sangat membikin mataku bersinar-sinar.

It's a simple contest je. Do help yourself and join. Kalau agak-agak dah takde idea sangat nak blogging pasal apa, hah..apo laie..sila join. A few clicks away je and at least tak lah bersawang belog korang (ceeewwaaaahh, memandai je haku cakap belog orang bersawang. Macam lah aku punya hebat sangat).
Jangan lupa letak nama I (yemma) as referral, that is if korang dapat tau about this from me la.


As for me (owh I tak lupa kan my referral ya) Kak Watie sendiri referral nya. No bias-bias tau. Dia just notify kat FB and I enter lah.


Ok, TAG!! You're IT!! Macam time budak-budak dulu. Versi melayu nye yang masa main kejar-kejar tu "KAMU JADIK!!!"
My dearest friend Mommy to Adzryl : Anita
and
My journalist friend : Ynna


Special thanks to the sponsor

www.geniusbabyonboard.blogspot.com

and


www.patiperfume.com

Thursday, October 21, 2010

#2 - Have you ever?

Part 2 entry of my previous one. How I sangat emotional about Meleys yang sangat typical around me! (yes I'm a Meley too). 


Straight to the point jo lah ek. Another thing yang I sangat emosi pasal Meleys ni sebab perasaan mereka. Perasaan apakah? Perasaan yang tidak sihat! Berpenyakit! Boleh letak kat pusat penyakit Kusta sana nun (bukan niat ku nak memperkecilkan pesakit Kusta ni ek. Sila jangan salah paham). Perasaan yang tidak boleh melihat orang lain senang or lebih or anything yang akan memercikkan perasaan cemburu di dalam hati nurani mereka. I'm not saying semua Meleys (cecey..kamu nak cakap kamu terkecuali ke cik kak?), tapi kebanyakkannya macam tu.


Ok kita kasi example di bigger scope sikit. Dalam perniagaan, contoh ek, kalau di lihat warga cha ya nun alif..apa je yang korang mintak nak beli jarang lah dia kata tak ada. Semua nya ada. Pelik? Kenapa musti pelik? Memang ada pun TAPI bukan kedai mereka, kedai warga mereka di nun sebelah sana. See, sikap yang sangat harus dicontohi. Bukan macam kita. Ish ish..no good tau.


Macam I (kesinambungan dari hujah yang lepas) , dah lah tak boleh balik awal (sape yang balik awal dikira PEMALAS), I yang degil ni nak balik jugak on time akan dipandang serong je. Haaa..tu apa namanya tu? Terpercik rasa cemburu kah mereka? Haduh..bantu lah mak cik dalam menangani masalah sebegini. Puas dah I buat tak tau, buat tak layan tapi penat jugak nak telan semua nih. 


Selagi telinga ni dapat menahan, maka akan ku tahan Jebat! Berusaha!! (baca macam alih bahasa cerita Jepun tau).

Wednesday, October 20, 2010

Lets talk about Education..

Ok, akibat terlalu banyak berfikir dan terlalu banyak benda yang hendak difikirkan, ini lah jadinya. I dont know what to blog about. I mean which should I blog first. Owh fening fening.

Lets start dengan Education. Well, this is not actually promoting or somewhat. It's just a lil something that I would like to share dengan others. Kengkonon fardhu kifayah lah at least kena sorang yang tau dalam satu komuniti tu. (Hahaha..betul ke nih? Mengong kamu Yemma.)


Have you heard about Early Childhood Education (ECE)? No? Yes? Adalah sikit?
Those who had no idea langsung or at least boleh mengagak apo kobondo nyo nih and nak tau lebih lanjut about it, I kasi brief sikit lah. I'm no expert. Masih ingin belajar.

ECE ni is teaching your child as early as 0-3 years. Teach your baby to read by the age of 1, teach them math or any language such as French or Mandarin anything! Ini adalah kerana otak baby is like a sponge. They can abosorb semua tu. And owh...ALL BABIES ARE BORN GENIUS ye, mind you. Some more yang I read somewhere I tak hengat lah (ampuni daku), at that age, babies' brain cell sedang tumbuh dengan jayanya and it need to be linked or connected or berhubung bak kata iklan Anmum Essential di TV tu, otak bayi mempunyai sel-sel otak yang perlu saling berhubung. Those cells if tak berhubung or connected akan mati. That doesnt mean yang otak anak anda kekurangan cells maka dia tidak pandai ye. Bukan bukan. Sila jangan panik. Maksudnya di sini, adalah rugi kalau kita tak help our baby to connect those cells! Membazir namanya! hehee.. (pandai lah kamu Yemma). Those cells help anak kita absorbs info dengan lebih cepat.

Alaaa..cemana nak bg contoh ek, haaa..macam Streamyx dengan Unifi (highspeed broadband). Mengapa Unifi lebih laju? Kerana dia mengguna fibre optic di mana terdapat lebih banyak jaluran yang digunakan untuk menghubungkan dari satu destinasi ke satu destinasi (ini dah macam nak belajar sains/engineering lah pulak). Haaa...lebih kurang itu lah. Agak-agak paham ke?


 Agak-agak terbuka sikit minda tu? Lets move to HOW? Yes, how oh how? How ni I got to leave it to the experts lah, at least yang berpengalaman lebih dari I. Like I said, saya masih belajar. Ok, to know more about it, you all boleh lihat di sini. The owner Kak Watie is a BFF of my SIL. Dari apa yang I tengok kat my niece ni after my SIL did all yang dia learn about ECE, memang proven! Ternyata BABIES ARE GENIUS! Kita je tak tau how.



So, I'm joining this seminar about ECE and I hope that you all can join too. Tidak terhad kepada siapa-siapa ye. Those yang memang interested, tercari-cari info kat google tu tapi tak banyak, maybe Kak Watie boleh share with us. Sila perah segala ilmu yang dia ada hokay! Dia tak kedekut ilmu. And owh yes, kalau you all still musykil or terasa I ni promote kakak ni terlebey-lebey sudah, boleh je baca testimonial those yang dah pergi ke that seminar sebelum ni.


 To tell you the truth, dulu memang negative thinking jugak lah I ni. Ye lah, terasa macam my SIL 'mendera' my niece tu. Yelah apa tidak nya, budak tu celik je mata dah di ajar membaca lah itu lah ini lah. I was like (gila challenging betul generasi budak-budak nih) but those thought were vanished (tanpa menggunakan produk pencuci vanished tu ye) when I'm pregnant. Oh haruslah KIASU jugak ye! Tak mau anak ku ketinggalan since I dah tengok my niece celik-celik mata dah kena belajar. This means that it's my baby's generation jugak. Jadi sebelum anak ku lahir telah ku ajar/stimulate dia. Owh baby dah start belajar semasa di dalam perut lagi ye (KIASU sangat tak haku?). Hey, Kak Watie said biar KIASU dari LESU. Bukanlah niat I nak bersaing, but for a good reason and future, why not? My SIL pun banyak share segala ilmu yang dia ada. SHARING IS CARING my dear reader.


So here I am sharing with you all something yang I rasa a good investment. Worth every Ringgit and Cents! (at least I'm gonna make it worth lah. Memang dasar accountant!!Hahahaa).

So, see you guys there? Nanti after the seminar I'll story lagi ye.


"ALL CHILDREN ARE BORN GENIUSES & we spend first 6 years of tehir lives degeniusing them" - R Buckwinster Fuller




Tuesday, October 19, 2010

What did you get from your mom when you are pregnant?

Auuwww.. I think this is amazing! Tiba-tiba terasa macam i should make this kinda like harus di perturun kan dari generasi ke generasi! Haha.. Sangat kuat berangan yer kamu Yemma.



As a first timer pregger ni sure lah got lotsa things yang I nak tau! Where to find or search for infos? Internet dah semestinya ada maklumat yang you all nak kan? Tapi of course you will turn to your mom jugak. Nasihat or experienced mak jugak yang best. As for me, I did the same cumanya I got extra! Hehee. She gave me a book during her pregnancy of me! Kagum gile. Terasa seolah-olah mendapat resepi turun temurun. Just imagine the age of the book lebih kurang sama dgn I ! Teruja!!



Though buku ni kira outdated, not all the infos kita tak boleh guna kan? At least you nampak overview of the book. It is based on true story jugak. The writer (doctor) wrote the book based on a ournal of a preggy lady start dia tau dia pregnan sampai lah give birth.



Just make use on the infos yang masih boleh digunakan. Look at the picture below. The date where my dad first bought the book!



 
My mom is about 3mth pregnant time ni..

And this..


How sweet kan?

 

Monday, October 18, 2010

I was thinking of...

continuing the earlier entry. Tapi otak bagai tak berfungsi sangat. I got so many things dalam kepala hotak ni. Plus hari ni macam banyak pulak kerja. So, maybe I'll try to post it later.

Sorry berlorry lorry..hehe

Friday, October 15, 2010

Have you ever?

Ceeewaah, entry title macam tajuk lagu pulak. I remembered that Mr. H dulu pernah gave me this song. Oh terharu!


Ok, this is not about song, it's about pernah tak korang face situation where your surrounding semua, ok not all but mostly negative minded people. Kalau tak negative sangat pun at least orang tu typical type of person? How? Let me give example on what happen to me.


I work in a company yang mana all the staff are Meleis. This is my second company yang semua nya Meleis. Current co. ok sikit lah dari yang first, tapi Meleis will be Meleis. Abis ko tu bukan Melayu? Yes, I admit that I'm purely Malay tiada kacukan mana-mana. Kacukan ayah dan mak je lah. Tapi apa yang I notice is cara pemikiran orang-orang kita ni somehow masih lagi terlalu kolot. Sometimes we are not open to changes. Takut menghadapi perubahan, takutkan benda baru or maybe dah terlalu lama berada dalam 'comfort zone'.


Apa yang I kurang setuju is that pertamanya, sesiapa yang pulang tajam setelah tamat waktu bekerja akan di kira 'tak rajin'. Oh come on! I know some said that we are in developing country, memang macam tu. Tak boleh compare dengan negara yang dah maju or fully develop. Is it? Why not? Kenapa contoh yang baik tak boleh di ambil iktibar. I'm a person that believe in balance working life. Time kerja, kerja lah betul-betul. Time balik, means balik lah. Berapa lama lagi nak tercongok kat office tu? It's true that dekat United Kingdom nun jauh di sana tu siapa yang balik lambat di kira tak efficient. Kenapa kita tak boleh adapt the same thing. Ini tidak, the longer you stay means hardworking. I've tried so many times untuk tegakkan pendapat I ni but in the end memang I dapat susah la.


Sekarang teknologi dah makin canggih, it'll help cepatkan sikit kerja. I honestly tak kisah if kena balik lambat sikit. Kerja tak siap, balik lambat sikit tak pe. If kerja dah siap, nak mengadap PC kat office tu kenapa lagi? Kalau hari-hari? Apa ingt life ni is about work je ke. Sekarang I dont have kid lagi. Boleh lah lagi nak balik lambat sikit everyday. nanti dah ada anak, I'm not willing to sacrifice my time for work. Come on, 8 hours straight anak tu orang lain jaga, takkan lah tak nak balik cepat and tengok muka anak? Believe me money cant buy you time. Being able to raise baby kita with our own hand walaupun kita dapat that time hanya selepas office hour. Kalau macam tu berhenti kerja and duduk rumah jaga anak je lah. Yes, how I wish I can!

I wonder kenapa orang kita still ada that kind of thinking. Yang pelik nya mereka semua ni ada anak. Sekarang world is getting challenging! Budak sekarang beberapa jam selepas lahir je dah bukak mata tau! Anak-anak ni, belum lahir lagi dah di ajar mendengar, melihat, merasa. Dah keluar je perut mommy dah ada dah books, toys untuk stimulate the baby, untuk baby belajar membaca. By the age of 5 month dah ada yang boleh membaca. Zaman dah berubah. Penat lah I cuba let them know. Tapi thinking dorang ni terlalu typical!.


Ada yang kata kesian baby tu celik je mata dah kena belajar but what they didnt know is that baby nak all that. Time dorang ni baby lah masa terbaik untuk dorang absorbs all the info. Otak dorang bagaikan sponge at the age of 0-6 years old. Kenapa kita tak gunakan masa itu untuk ajar mereka, serapkan terapkan dengan segala ilmu yang boleh. Majority humans ni cuma menggunakan 2% je dari otak mereka (I hope info ni betul. I pernah terbaca somewhere). Tengok betapa besarnya capacity otak kita ni.


See how times fly. Sure ada yang kata, dulu I kerja lebih je time tapi anak I masuk 'U', study bagus je. Kenapa you tak boleh buat camtu. Betul, I tak nafikan tapi hey, anak I ke anak you sekarang ni? Doesnt mean I kena ikut what you did dulu my kid akan jadi mcm yours.


Ok dah banyak tersasar ni. The main point here is, kalau kerja I siap, apa salah I kalau balik on time. It shouldnt be a problem kan. Kenapa begitu pemikiran mereka? Why? WHy? Why?


Another reason will continue in my next entry.

Thursday, October 14, 2010

Test


Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 15(15)
Right Brain/ Left Brain Quiz


The Right Brain


According to the left-brain, right-brain dominance theory, the right side of the brain is best at expressive and creative tasks. Some of the abilities that are popularly associated with the right side of the brain include:

• Recognizing faces

• Expressing emotions

• Music

• Reading emotions

• Color

• Images

• Intuition

• Creativity

The Left Brain


The left-side of the brain is considered to be adept at tasks that involve logic, language and analytical thinking. The left-brain is often described as being better at:

• Language

• Logic

• Critical thinking

• Numbers

• Reasoning

Wednesday, October 13, 2010

Guilty!

Hari ni bangun seperti biasa, solat kemudian siapkan bekalan untuk Mr. H breakfast di office, sent him off to work (hantar dekat pagar je) then bersiap to work. Macam hari-hari lain sometimes I take a cup of milk before off to work. Jadi hari ini is 1 of the day lah.
 
 
During my shower perut dah rasa semacam. Sesampai je kat office terus meluru ke toilet. Tak sakit perut pun cuma ada rasa nak pass gas tapi tiba-tiba terus macam nak tercirit. Selang 10minit I repeatedly ke toilet. Within 1 hour adalah dalam 5 kali. Semua nya 'watery' je yang keluar. I started feeling tired. Dalam hati dah nekad, sekali lagi ke toilet memang I balik and see the doc. Hmm..There goes another trip to the toilet.

Angkat bag and ask for leave dengan my bos and off to see the doc. The doc said I makan tak on time (true! Kat office I susah nak cari tempat makan. I malas nak keluar panas terik and look for food pun). Angin sudah masuk and dah jadi gastrik. Danggg..Apa yang lagi menakutkan - to me lah, when doc said..

"Your baby needs food. So dia akan send signal to your body that dia perlukan food. At the same time, baby akan absorb whatever nutriens or food yg needed for the baby dari you. Jadi body akan merembeskan asid dengan harapan food is coming in untuk mendigestkan food tu untuk your baby. Bila tak dapat your BABY AKAN STRESS" - trust me masa this word being used, berderau darah I. Poor my baby! Guilty sangat ok!. "When the demand for food is there tapi food nyer takde, tu yang menyebabkan you feel bloated je because the gas from the asid is filling ur stomach. You kena consume food in small portion and kerap. Makan every 2 hours. Tak kisah lah roti ke biskut ke as long as your stomach is filled with food"


OMG! I was worried sick - memang sakit pun sebab tu dapat MC hari ni. It's my fault! Tak makan or makan lambat - consider tak makan jugak, makes my baby stress. Agaknya itulah sebab during last scan tu nampak mukanya monyok je. I was so down sebab I sendiri yang penyebab nya and the effect is on the baby! Tuhan je tau how sad I am. Risaunya. Mulai sekarang I'll eat every 2 hours. Lapar ke tak lapar ke kena makan jugak. Kesian to this lil baby.

I wonder lah macam mana orang tergamak nak membuang anak sedangkan dia yang kandungkan sendiri anak tu selama 9 bulan. I yang baru 6 month pregnant ni pun terasa sangat GUILTY and SEDIH all because tak makan on time and buat baby stress dalam tummy ni. How could they? Uwaaaa...sedih tau.
 
 

Tuesday, October 12, 2010

Ke'excited'an Mommy

It's my lunch hour at the office. I dont feel like eating walaupun ada terasa kekembungan perut kerana angin ni tapi tak lapar lah, apa nak buat. Baby mommy pun macam tidur je dalam ni. Lets just find something to eat abit later ye baby.


I'm looking for baby's learning stuff. Tengah survey-survey the net ni apa buku yang menarik. I've heard about buku 'Your Baby Can Read'. Menarik jugak. I nak beli tapi my husband said kita try search kat major bookstore ke kalau-kalau ada. It's hard to find jugak sebenarnya but it's ok sebab dah tau mana nak cari.


Tengah ku berfikir-fikir what else i need to prepare for my baby ni, tiba-tiba ter'pop-up' dalam kepala I yang kena buat majlis aqiqah. Adoi, mommy..how can you forget this. Then I immediately remind my husband on it. Banyak lagi nak pakai duit tu rupanya. Hehehe..Demi baby mommy, mommy tak kisah.

Kena menyimpan lebih sikit start from now. Time is running out.

I hope everything will be allright. Doa banyak-banyak yang I dapat bersalin normal. Harap-harap di makbulkan lah doa ku ini.

Maid oh maid



(Picture source : Googled)



The first question that pops in my head is, 'Apa yang bestnya having maid?'. I tak tahu lah orang lain tapi I dont really like having maid. Maybe to orang lain, having maid meringankan beban kerja di rumah tapi to me, entah lah. Maybe jugak I have experience yang tak menggembirakan sangat having maid.


Being raised by a fulltime housewife mom made me feel like having maid is not necessary pun. I pernah jugak tengok fulltime working mom not having any maid tapi still mampu untuk handle the house but then the kids were sent to a caretaker or nursery lah. I admit it must have been hard to the mom sebab balik kerja kena kemas rumah or masak, then esok pagi before leaving to work kena cuci kain and jemur semua. It's possible with a help of husband kan? Jadi why take maid? Then again the answer is very subjective. Masing-masing ada own views and opinion. I tak salah kan siapa-siapa.


The thing is I'm staying with my MIL together with my SIL and her family. Yes, 1 big happy family under 1 roof. So far there have been no problem pun. Semua ok and baik-baik saja. Cuma nya I never like the maid's work. Seriously, I tak suka. In terms of her cook, I can take it but in terms of housework, I really dont like it! Mungkin juga I'm comparing the work done by maid and my mom, of course tak sama sebab mom do it with all her heart because rumah tu rumah dia, baju tu baju dia, dia tau susah payah nak kluar duit nak membeli nya. Main never appreciate it. Trust me! NEVER!


First she (the maid) cuci baju tak pernahnya wangi - I wonder why.


My SIL pernah overheard dia merungut pasal kena buat kerja itu ini. Come on, you are being paid for it ok!


She never appreciate barang orang. Ada a few of my baju yang terbakar dekat bahagian gambar tu - you know what I mean kan?


Always macam tantrum bila macam kitorang buat makan-makan and her workload lebih dari biasa.


Owh and sometimes dia cuci pinggan pun tak bersih mana.


Kalau kerja rumah macam mopping ke sweeping ke I tak nak komen sangat lah. Huhu.


Jadi either the maid tu memang bukan jenis yang 'ok' to some of you or I yang banyak songeh.


Apa-apa pun I dont think I'm gonna get a maid if we have move t our own place.


I just dont trust outsider and having someone you dont trust in your home memang akan mengundang pelbagai negative thought. Jadi, it's a NO NO!


Monday, October 11, 2010

My baby you...

Ahaaa..

My baby you are the reason I could fly...


Haha..semalam tengok Persandingan Kayangan Dr. S.M.S. The wedding ceremony tu ada lagu Marc Anthony nih. I cakap, "sayang..lagu wedding kita" to Mr.H and he said "wedding kita tak keluar TV, plus I'm no angkasawan pun". Olololo..terharu! Hehehe. He might not be angkasawan negara but he's the father of my baby ni plus he's everything to me, my bestest friend, my shoulder to cry on, my punching bag, my heart and soul and my strength. Lagi hebat dari angkasawan kan? Hehehe. I bet he knew though I tak cakap kat dia directly.


Ok, last entry I promise nak upload gambar my lil kiddy in my tummy ni kan? Here's the baby, yang bagi i strength to face segala ke'tension'an di office ni (not always). My pillar untuk keep the positive energy in me. Just like father dia. I love you both!







So cute dari dalam tummy lagi.

Nanti keluar dari perut mommy jangan naughty-naughty tau sayang. Be good, belajar rajin-rajin, jadi someone yang better dari mommy. U can do anything that you want but do it with all your heart n make sure jangan separuh jalan tau! Hehe, sempat lagi berpesan kat si tecik ni.


I perasan something, semakin dekat dengan due, semakin I feel stronger and sayang to this kiddy. Kuat semangat walau how hard I dengar cerita orang sakit nak bersalin but everytime I look at my baby, i feel stronger! I yakin boleh deliver normal. InsyaALLAH. Doakan lah ye.






I like this picture. Nampak sgt cumel macam tgh asleep je. Tenang je tengok. Harap-harap, dah keluar nanti pun akan menenangkan hati mommy.









Owh this is the best picture. My favourite!

My baby you~