Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, March 14, 2012

Cuai

As Im writing this, teringat-ingat Dirang yang dibakar, budak 5 tahun yang masih lagi tidak tahu apa apa berkaitan dengan dunia ni. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu, Kau lindungilah semua kanak-kanak di dunia ini dari kekejaman, kezaliman, tidak berperikemanusian punya manusia ni. Sedih bila terkenangkan adik Dirang tu. Hati ibu mana yang tak tersentuh mendengarkan kisah yang menyayat hati tu.

Terus secara tidak langsung buat aku merenung kembali bagaimana aku menjaga anak sendiri. Allah cuma pinjamkan anak kepada kita, dan bila dia ambil kembali haknya, baru kita menyesal dengan tindakan kita yang kadang kala acuh tak acuh je dalam menjaga amanah Allah ni.

Bila dengar kisah macam ini, perlu rasanya kita renung kembali dan ubah cara didikan kita terhadap anak kita. Terlalu banyak kecuaian yang berlaku dalam menjaga anak ni semua kerana kita leka terhadap sesuatu yang tidak mendatangkan hasil. Ya Allah, jauhilah aku dari kecuaian sedemikian rupa. Anak yang jatuh tersembam kat jalan pun dah rasa macam such a bad mommy-itu under my watch at that time. Apa pula lah perasaan seorang ibu bila tau anaknya mati di bakar..nauzubillah!!!

Adakah dunia ni di akhir zaman sudah?

Semua ini perlu kita anggap as a sign yang Allah beri kepada kita. Jangan kita leka tengok tv, buat kerja kita, main facebook, twitter dan segala yang tidak berfaedah sangat tu and abaikan anak kecil tu. JANGAN!! A self reminder jugak. JANGAN! JANGAN! JANGAN! Tengokkan lah anak kecil tu. Layanlah dia. Jangan biarkan dia asyik merengek je. I mean pepandai lah kan you balance out your kerja.

Haih..aku cuma mampu berdoa agar di berikan yang terbaik dan ditunjukkan lah jalan yang terbaik dalam mendidik anak. Semoga Allah permudahkan segalanya. Berilah aku kelekaan dalam bersujud tahajud kepada mu Ya Allah dari kelekaan duniawi ni.