Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, November 27, 2010

November to Remember

Masih kah anda-anda ingat akan entry saya yang mengatakan akan membuat kesimpulan tentang keistimewaan November saya?
Ape? Tak hengat? Hah, tidak mengapalah. (Hai Yemma, kau pikir kau sangat glamer sampai entry kau semua orang mau ingat? Berpijak lah di bumi yang nyata!. Bangun wei!)

Ok, sepanjang saya mencari konklusi (eh macam lagu Hujan pulak) akan entry untuk November ini, banyak lah perkara yang dilalui. Kepahitan di November pastinya ada ya anda-anda semua. Biasalah politics at the office which never stop! Penat? Letih? Yup, so am I. Sape seangkatan dengan saya?

In short, baru-baru ni My Boss tukarkan my place, my workstation, my kedudukan tempat di dalam department ku itu. I bet you all can guess mengapakah terjadinya sedemikian. Yes, tak cukup enough lagi could not caught me right handed using internet at the office, masih tak cukup enough lagi I di sound dengan suara bak halilintar membelah bumi, masih tidak cukup enough lagi I can finish my task on time and pulang awal dari yang lain (after office hour ni), dia tukarkan tempat duduk saya next to his office. Iya, dengan alasan mau memantau saya dengan lebih lanjut. I really dont give a shit at all. Suka hati Tuan Boss lah. Penat bermain dengan permainan mereka ni. Sungguh saya tidak terdaya lagi tapi ku tahan Jebat! So, that is it as a summary to my bitterness of November. Bosan sungguh dengan penulisan perenggan yang ini. Saya juga. Lets move on shall we?


Ok, kemanisan November. Here are some happiness in November which is so PRICELESS! I'm so thankful and blessed for all the things that happen in November (yang best-best je lah, yang tak best tu anggap je lah dugaan ye).


November 1st

Its my MIL birthday. She gave me senaskah Al-Quran sebagai  amalan harian. Mudah-mudahan dia juga mendapat kebaikan dari pemberian tu. Thanks Mak.


November 3rd

Alhamdulillah, I got a chance to make 3D/4D scan! Rezeki baby I guessed sebab at first it was fully booked. The result, sangat touching. My heart macam melting ( yang betul-betul melt tau) looking at my baby inside of me. Tak tergambar betapa besarnya kekuasaan ALLAH time tu. I just feel like I want to hug my baby masa tu. I love u baby and baby's daddy jugak lah. Without him I could not get the baby. Hahahaha..

My lil kiddy in my tummy


November 9th

Its my birthday. Yeay! A simple treat from Mr. H. Cukup menggembirakan!

Tak sempat nak rasa this 1 sebab dah kenyang sangat



Me love Bubba Gump!


Lt. Dent ape ntah nama meal ni. Sedap! Sangat Sedap!


I also cant remember the name of the meal. Sedap jugak!!


Im 1 fulled and satisfied customer


Thanks to mu Forrest Gump here. Muah! I love you!


Inilah hasil nya. Hahaha..


Thanks to BB juga atas hadiah istimewa ini.


November 26th

Berjalan ke Malaysia Baby, Children & Parents Expo mencari keperluan terakhir untuk mommy & baby. Macam nak patah kaki ku! Tak larat! 

That's all for now. Today ada dating menonton Harry Potter! Yeay. Lama gile wei tak menonton wayang.


December? Ada lagi perkara menarik yang di nanti. Owh sungguh cant wait lagi.

Nantikan ya..

Tuesday, November 16, 2010

B.O.S.A.N

Entry terpendek ever!

Esok ialah Hari Raya Aidil Adha.

Though takde lah semangat macam nak raya Aidilfitri kan, tapi impak dia agak maksima juga lah.

Seriously, boring gile weyyy!!





Tersangat lah malas nak buat kerja.

This short entry di buat lagi 10 minit nak pulang ke pangkuan suami terchenta.

Arghh..nape lah lambat sangat!



Monday, November 15, 2010

My very own special weekend

Ya kawan-kawan...

Apa yang membuatkan weekend anda special? Like me, every weekend is special tau. Yer lah, it's the only time dapat spend Quality Time together-gether.


Kan best tu. Special gitew! Priceless okay! Mana mau dapat? Kedai tak dak jual tau. Lagi lah bila sepanjang weekdays tu stressful. Eeeeeuuuuwww..Kalau boleh never want the weekend to end kan? Everyday weekend! Memang bestlah.


Ok my weekend simple je yet to me, it's fun! Cuma kena bangun awal lah. Teehee~ It's actually one of the reason too. Nak biasakan diri bangun awal. Tak mo lah bila weekend je belengkau kat katil sampai matahari dah tegak kat atas kepala. Usually bila kami orang macam tu, weekend tu rasa sangat pendek. Sangat lah tak puas. Jadi we decided untuk bangun awal dan jogging and strolling di taman tasik. Best! Udara yang nyaman, tengok pelbagai jenis orang ( yerlah kalau kat ofis kan balik-balik muka orang tu je. Dah lah menyampah nak tengok muka dia, kena pulak mengadap 5 hari seminggu 8 jam sehari..oh tidaaaakkk!!! ). As for incik suami, dia berjogging lah adn for me for sure just strolling around. Tak larat babe dengan perut jalan kedepan dulu dari me, jangan lah buat pasal nak jogging pulak. Sometimes we ask my baby sister to join sekali. Dia memang rajin nak jogging. Tambah lagi baru dapat kasut baru! Semangat!


Semangat for good thing tak pe lah kan. Jadi, I plan to have this activity every weekend. Best! Maybe kalau dah boring boley tukar tasik pulak. Nanti dah ada baby pun nak try buat macam sekarang so that dia dah di terapkan dengan gaya hidup yang sihat. Boleh bangun pagi and beriadah. Sambil strolling, I bersembang dengan dia, telling how nice the trees and the area. Konon macam breathtaking sangat lah, but at least it's something to talk to my baby. Belajar appreciate the nature.

So how's you weekend? Any great activity? Manatau boleh share and bertukar-tukar activity. That way tak de lah asyik nak buat bend yang sama je, betul tak?


Sesi stretching ni



Incik Suami, Baby Sister and Tuan Ayah


Kena beli jugak kasut ni! Mana boleh dorang je ada.



Sunday, November 14, 2010

#2 Baby Mommy

After taking a shower just now I bersihkan my breast. My mom said it's normal during pregnancy to have your nipple some sort of kering and kuping sikit-sikit. Need to bersihkan sofly using baby oil and cotton bud or facial cotton. Tapi tadi as I'm bersihkan, dia keluar some sort of cecair, tak banyak, sikit je colour kuning-kuning macam golden yellow camtu. Normal ke? Takut jugak. Manalah tau something wrong ke. Takut lah i ter'press' my nipple tu kuat sangat. Tak sakit though. I hope it's normal. Try cari kat internet, tapi tak jumpa pulak. Last-last lain pulak yang ku cari. Teehee~

Wondering how's my baby inside. Sekarang dah makin active and bijak. Everyday before nak tidur I told my baby it's time to sleep. So sekarang bila malam time nak tidur tak lah active sangat. Pandai lah baby mommy ni. 



Dah masuk third trimester dah sekarang ni. Nervous jugak. Last week pergi check up, the doctor said that my baby's weight is around 1.4kg. Ok lah tu kot, lebih kurang je macam yang kat atas ni cakap.




Betul lah! Memang sekarang rasa macam nak semput je. Penat. Nafas tu macam tak cukup. Memang cepat penat! Itu pun masih ada hati nak pergi Petrosains. Hahaha.. 

Semalam ada hati ajak Mr. H pergi Petrosains. Entah apo mimpi pun tak tau lah. A solid NO for an answer lah kan. Dah tau dah, tapi saje je nak ajak. Keluar ke Tesco cari barang sikit. Haaa..Allah tu nak tunjuk, kau pikir kau tu larat sangat ke nak berjalan sini sana. Baru je jalan dalam dua aisle dah semput. I need to sit I said to him. Penat! Cam nak cukup nafas! Then kena bebel lah dengan Tuan Suami. Haaa, tu ada hati nak pergi Petrosains tu. Yemma, kau tahan je lah telinga tu sampai 5 tahun lagi. Hahahahaaaa..


Above picture ada said that psychologically, you may become cranky. Hehehe..memang betul. Cepat je nak marah. Agaknya dah penat, tu yang cepat je nak marah. Sian Mr. H. Bersabar ye. Kerenah ibu mengandung, macam ni lah.

Friday, November 12, 2010

Entry tertunggak

Seriously babe, banyak entry tertunggak ni. Banyak yang I wanna share with korang akan tetapi masih belum berkesempatan nak mengadap lappy ni. Al maklumlah, mommy-to-be ni sometimes memang tak larat sangat-sangat. Namun ku gagahi juga yang mana yang termampu lah.

Owh, since NOVEMBER is a wonderful month, apa kata nanti I compile kan aje the story yang menarik, tertarik dan da bomb tu nanti. Baru best. Lots of picture sekali. Ni asyik perkataan je ye dak?

Tak pe, nanti kan ye korang. Yang pasti sepanjang November ni, weekend nya memang sentiasa menarik! To me lah. I hope for the same to korang.

Till then, harap korang enjoy your weekend ya.

Owh by the way, I heard there'll Pureen Warehouse Sale dekat PJ starting tomorrow till this Sunday di PJ.