Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, March 14, 2012

Cuai

As Im writing this, teringat-ingat Dirang yang dibakar, budak 5 tahun yang masih lagi tidak tahu apa apa berkaitan dengan dunia ni. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu, Kau lindungilah semua kanak-kanak di dunia ini dari kekejaman, kezaliman, tidak berperikemanusian punya manusia ni. Sedih bila terkenangkan adik Dirang tu. Hati ibu mana yang tak tersentuh mendengarkan kisah yang menyayat hati tu.

Terus secara tidak langsung buat aku merenung kembali bagaimana aku menjaga anak sendiri. Allah cuma pinjamkan anak kepada kita, dan bila dia ambil kembali haknya, baru kita menyesal dengan tindakan kita yang kadang kala acuh tak acuh je dalam menjaga amanah Allah ni.

Bila dengar kisah macam ini, perlu rasanya kita renung kembali dan ubah cara didikan kita terhadap anak kita. Terlalu banyak kecuaian yang berlaku dalam menjaga anak ni semua kerana kita leka terhadap sesuatu yang tidak mendatangkan hasil. Ya Allah, jauhilah aku dari kecuaian sedemikian rupa. Anak yang jatuh tersembam kat jalan pun dah rasa macam such a bad mommy-itu under my watch at that time. Apa pula lah perasaan seorang ibu bila tau anaknya mati di bakar..nauzubillah!!!

Adakah dunia ni di akhir zaman sudah?

Semua ini perlu kita anggap as a sign yang Allah beri kepada kita. Jangan kita leka tengok tv, buat kerja kita, main facebook, twitter dan segala yang tidak berfaedah sangat tu and abaikan anak kecil tu. JANGAN!! A self reminder jugak. JANGAN! JANGAN! JANGAN! Tengokkan lah anak kecil tu. Layanlah dia. Jangan biarkan dia asyik merengek je. I mean pepandai lah kan you balance out your kerja.

Haih..aku cuma mampu berdoa agar di berikan yang terbaik dan ditunjukkan lah jalan yang terbaik dalam mendidik anak. Semoga Allah permudahkan segalanya. Berilah aku kelekaan dalam bersujud tahajud kepada mu Ya Allah dari kelekaan duniawi ni.

Thursday, February 16, 2012

Dunia dunia

Waaah, sungguh besar topik entri pagi ini.
Sebenarnya while i'm having my breakfast tiba tiba aje teringat cerita lama yang mana ada part Azhar Sulaiman jerit kat tepi tebing pantai kot "Ayuuuuuu...aku cinta padamu!!!" korang tau tak cite apa tu? Seriously i dont remember but i tau that part. Well, just wondering eh bukan wondering lah cam terfikir,wondering lah tu kan? Ceh! Ada tak lagi orang sanggup buat camtu? Yelah, when u shout at the ocean, no one hears you. Sekarang ni orang 'shout' kat facebook, twitter, blogs, mana lagi laman sosial yang ada? Hah 'shout' kat situ and the whole world will know. Kenal ke tidak ke the whole world will know. Hmm, jadi relevan kan menjerit kat pantai tu? Dunia dunia, how world change without we realising it. Hmm..

Dunia sudah berubah towards good thing-if you see it that way. Sudah kah saya? Just a piece of reminder for myself.

Tuesday, November 15, 2011

Kiasu ke?

Kalau dah mula update blog nih, mula lah banyak yang nak di share kan. Kalau dah stop sekali tu memang dah bersawang-sawang lah baru nak tengok balik ye?


Sepanjang hampir 10 bulan I menjadi mommy ni, macam-macam dalam kepala otak ni. Semuanya untuk si kecik tu. Especially bab belajar. Uish, kalau boleh semua benda yang kat pasaran tu nak beli. Semua! Baik mainan, vcd, dvd, cd, buku, alat bantu mengajar, semua nya nak beli. Untung lah I ada Encik Suami yang sangat prihatin dengan kedudukan kewangan I. Hahaha. Tersedar lah diri ni dengan kemampuan kewangan sendiri. Ish ish ish. Thank you sayang.


Honestly, I cannot bear my son being behind in terms of early childhood education. Kiasu kah? Maybe or maybe I nak tebus masa kerja I dengan masa untuk I raise my son? My husband said, that our son needs our time with him not those things we bought. Well, ada betulnya. Beli then bagi je dia hadap memang tak lah kan. Sampai sudah pun macam tu je. Oleh itu, I beli things yang I nak ajar je. I dont have guidelines nak ajar my son. Therefore I refer to this site www.islamicparentingnetwork.com and this site www.geniusbabyonboard.blogspot.com


Alhamdulillah, my son dah start kenal huruf hijaiyah and also alphabets. Usaha tanpa jemu. Those are some materials I use untuk play and learn with my baby. Method mengajar and bermain usually I ikut those two website i linked. The rest just ikut keadaan dan kreativiti tersendiri. I ada ikut or get ideas from my SIL. She's creative and I copy paste and adjust mengikut kesesuaian my son and his liking.


Picture credit to http://www.readnetwork.com/

Picture credit to http://www.readnetwork.com/

Picture credit to http://www.readnetwork.com/

Picture credit to http://www.readnetwork.com/



Berterus terang disini, mendidik anak lelaki sangat lah berbeza dengan anak perempuan. Ini kerana I've tried some ways untuk mengajar anak mengikut jejak langkah my SIL and Kak Watie yang anak-anak mereka perempuan belaka, kurang berkesan. Jadi terpaksa lah improvise sikit kan. Budak lelaki memang daya konsentrasi nya tinggi but at a short period. My son focus for the first 5 minutes je. The longest will be 10 to 15 minutes. Bergantung kepada liking nya terhadap sesuatu yang di ajar. If he does not like it much, what I did was learn for 5minutes play for 5 minutes and goes on for about half an hour. Lepas tu stop. Biar dia main. Oh well, cara masing-masing lah kan. Honestly I cannot let my son play without learning. Setiap detik tu sangat lah berharga. Kadang-kadang tunjuk flashcard without an effort pun. Just tayang and say the word. We never know that yang without much effort tu lah yang melekat kat dalam otak dia. I always think that way.


Kiasu sangat kan? No? Or memang jadi parent macam tu? Or maybe I'm surrounded with those yang lebih extreme dari I? Maybe?