Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, October 29, 2010

Apa yang korang jumpa.....

Ahaaa..jumpa apa? Jumpa bila setiap hari nak pergi or balik dari pejabat. Standard lah kalau setiap pagi keluar pada waktu yang sama melalui jalan yang sama menuju ke destinasi yang sama selama 5 hari seminggu. Kadang-kadang 7 hari berturut pun lalui jalan yang sama. Tak bosan kah? Bosan untuk 5 hari lepas tu tak dah sebab lepas tu tujuan nya dah lain.


Ok ok, apa yang korang jumpa? Ke dah tak perasan apape dah sebab dah selalu sangat lalu jalan yang sama sampai boleh memandu sambil pejam mata. Dah expert sangat lah tu! Sila buka mata itu! Jangan nanti menyusahkan orang lain pula!


Musti korang yang keluar rumah setiap hari pada waktu sama tu, melalui jalan yang sama tu akan jumpa benda atau perkara yang sama. Macam contoh nya, eh kereta ni pun keluar sama dengan aku (untuk beberapa hari pertama), lepas tu kalau tak nampak kereta tu (eh takde pulak kereta tu semalam, dia cuti kot ke keluar lambat..eh kenapa aku kesah? Drive jelah pergi kerja sambil dengar radio tu).


Atau akan jumpa pemandu perempuan yang gila setiap kali nak pergi kerja dan bikin your blood go upstairs bila setiap kali berada di bontot keretanya atau dia tiba-tiba je berada di sebelah kereta korang dan mula nak start jadi gila dah yang tak sabar-sabar nak masuk lane tanpa memberi sebarang signal light lepas tu nak masuk lane korang tapi pandang the opposite way yang lepas tu juga buat korang mengelak sebab kegilaan dia yang boleh mengakibatkan statistik kemalangan di kawasan itu naik dan salah sorang contributor kepada statistik tu adalah korang dan juga dalam hati korang dah memaki hamun itu crazy lady driver terus spoil mood nak ke ofis dan sampai ofis muka trus kerut seribu! Habis facial malam tadi!


Ya, bagi yang menaiki public transport pula, mungkin korang akan terjumpa (ok, main agak je nih sebab kita drive ke ofis..hampun ya..tapi tak mo korang terasa di leftt out pulak kerana berkereta tak bermakno makcik kayo yah) minah or mamat yang sama (yang ni versi naik bas) lepas tu akan duduk tempat yang sama, lepas tu pasang mp3 kuat nak pekak telinga yang cuba menyaingi kekuatan radio dalam bas tu.


Atau..mamat yang wangi semerbak bila naik bas je confirm korang nak duduk dekat-dekat dengan dia sebab sekeliling kebanyakkan nya mamat indon yang bau baju macam kain tak kering di tambah perisa pulak dengan bau-bauan minyak rambut dan minyak wangi yang konon nya memang paling harum di seluruh semesta alam, yang mana bila mamat wangi tu takde korang dah macam ikan tak dapat air.Help! Help! Help!


Apa? Yang untuk naik LRT/Komuter cemana pulak? Penat lah den pikior. Apa kata korang pulak cerita kat haku. Bagi contoh-contoh dah lah.


Memang dasar blogger pemalas pikir betul kan? Apapo yo lah..makcik boring kat ofis sebenarnyo nih. Lepastu tetiba terasa annoyed by the crazy lady driver yang nasib baik tak ku jumpa hari ni. Kalau tidak musnah lah kebahagian Jumaat ku. Jangan lah terjumpa kau lagi atas jalan weiyh..bikin rosak aura pisitivity aku! (Tetiba je muka that crazy lady driver terlekat dalam kepala hotak ku dan tak mau keluar nih..)
Demm!

Wednesday, October 27, 2010

Mengidam?

Sejak-sejak preggy ni takde lah banyak I mengidam, tapi ada lah jugak. Sometimes I cant differentiate whether it's mengidam or just me terasa nak makan. 

Orang kata kalau mengidam ni , kalau tak dapat kita akan rs cm sedih gile, cam tak kira nak jugak-jugak! To me takde pulak cenggitu. Ada once lah yang I think I betul-betul mengidam.

Teringin nak makan Meehun Sup. That time I was about first trimester of pregnancy. Nak makan meehun sup yang kat pasar malam tapi tak sempat beli. Mr.H pulak balik lambat. Tried to sleep tapi tak boleh. Kepala hotak ni asyik teringat meehun sup. Dahsyat penangan meehun sup nih kan? Then tak tahan, nak makan jugak, I ask Mr.H untuk buy instant meehun sup instead. Itu pun jadilah sebab dah pukul 11 malam kedai mana lagi yan jual meehun sup? Beli kat 7E, balik terus masak and makan. Fuuhhh....terus tidur lena ye.

 
Ada sekali tu mengidam soto. Hari-hari pun cari soto. That time was during Raya month. My favourite soto shop tu tutup. I was abit frustrated but manage to handle it. Sekali tu nak jadi rezeki agaknya. Kat office ada buat makan-makan and makan SOTO!! Owh yummeh!
 
 
Baru-baru nih terasa nak makan JCO Donuts. Yeay! Sedap! Sedap! Sedap!
Yumm! Yumm! Yumm!
 
My all time favourite!
Lepas tu terasa nak makan strawberry chocolate. Selera omputih betul baby ku.
 
 

My very own strawberry chocolate

 

Saturday, October 23, 2010

My Belle Giveaway participation

www.myapeapeaje.blogspot.com

Pheewiit..Ok keterujaan I terserlah di sini (can you feel it??!!)

The moment I tau yang Belle and GBOB+PFA is having a giveaway haruslah segera enter. Lagi lah dengan hadiah yang sangat membikin mataku bersinar-sinar.

It's a simple contest je. Do help yourself and join. Kalau agak-agak dah takde idea sangat nak blogging pasal apa, hah..apo laie..sila join. A few clicks away je and at least tak lah bersawang belog korang (ceeewwaaaahh, memandai je haku cakap belog orang bersawang. Macam lah aku punya hebat sangat).
Jangan lupa letak nama I (yemma) as referral, that is if korang dapat tau about this from me la.


As for me (owh I tak lupa kan my referral ya) Kak Watie sendiri referral nya. No bias-bias tau. Dia just notify kat FB and I enter lah.


Ok, TAG!! You're IT!! Macam time budak-budak dulu. Versi melayu nye yang masa main kejar-kejar tu "KAMU JADIK!!!"
My dearest friend Mommy to Adzryl : Anita
and
My journalist friend : Ynna


Special thanks to the sponsor

www.geniusbabyonboard.blogspot.com

and


www.patiperfume.com

Thursday, October 21, 2010

#2 - Have you ever?

Part 2 entry of my previous one. How I sangat emotional about Meleys yang sangat typical around me! (yes I'm a Meley too). 


Straight to the point jo lah ek. Another thing yang I sangat emosi pasal Meleys ni sebab perasaan mereka. Perasaan apakah? Perasaan yang tidak sihat! Berpenyakit! Boleh letak kat pusat penyakit Kusta sana nun (bukan niat ku nak memperkecilkan pesakit Kusta ni ek. Sila jangan salah paham). Perasaan yang tidak boleh melihat orang lain senang or lebih or anything yang akan memercikkan perasaan cemburu di dalam hati nurani mereka. I'm not saying semua Meleys (cecey..kamu nak cakap kamu terkecuali ke cik kak?), tapi kebanyakkannya macam tu.


Ok kita kasi example di bigger scope sikit. Dalam perniagaan, contoh ek, kalau di lihat warga cha ya nun alif..apa je yang korang mintak nak beli jarang lah dia kata tak ada. Semua nya ada. Pelik? Kenapa musti pelik? Memang ada pun TAPI bukan kedai mereka, kedai warga mereka di nun sebelah sana. See, sikap yang sangat harus dicontohi. Bukan macam kita. Ish ish..no good tau.


Macam I (kesinambungan dari hujah yang lepas) , dah lah tak boleh balik awal (sape yang balik awal dikira PEMALAS), I yang degil ni nak balik jugak on time akan dipandang serong je. Haaa..tu apa namanya tu? Terpercik rasa cemburu kah mereka? Haduh..bantu lah mak cik dalam menangani masalah sebegini. Puas dah I buat tak tau, buat tak layan tapi penat jugak nak telan semua nih. 


Selagi telinga ni dapat menahan, maka akan ku tahan Jebat! Berusaha!! (baca macam alih bahasa cerita Jepun tau).

Wednesday, October 20, 2010

Lets talk about Education..

Ok, akibat terlalu banyak berfikir dan terlalu banyak benda yang hendak difikirkan, ini lah jadinya. I dont know what to blog about. I mean which should I blog first. Owh fening fening.

Lets start dengan Education. Well, this is not actually promoting or somewhat. It's just a lil something that I would like to share dengan others. Kengkonon fardhu kifayah lah at least kena sorang yang tau dalam satu komuniti tu. (Hahaha..betul ke nih? Mengong kamu Yemma.)


Have you heard about Early Childhood Education (ECE)? No? Yes? Adalah sikit?
Those who had no idea langsung or at least boleh mengagak apo kobondo nyo nih and nak tau lebih lanjut about it, I kasi brief sikit lah. I'm no expert. Masih ingin belajar.

ECE ni is teaching your child as early as 0-3 years. Teach your baby to read by the age of 1, teach them math or any language such as French or Mandarin anything! Ini adalah kerana otak baby is like a sponge. They can abosorb semua tu. And owh...ALL BABIES ARE BORN GENIUS ye, mind you. Some more yang I read somewhere I tak hengat lah (ampuni daku), at that age, babies' brain cell sedang tumbuh dengan jayanya and it need to be linked or connected or berhubung bak kata iklan Anmum Essential di TV tu, otak bayi mempunyai sel-sel otak yang perlu saling berhubung. Those cells if tak berhubung or connected akan mati. That doesnt mean yang otak anak anda kekurangan cells maka dia tidak pandai ye. Bukan bukan. Sila jangan panik. Maksudnya di sini, adalah rugi kalau kita tak help our baby to connect those cells! Membazir namanya! hehee.. (pandai lah kamu Yemma). Those cells help anak kita absorbs info dengan lebih cepat.

Alaaa..cemana nak bg contoh ek, haaa..macam Streamyx dengan Unifi (highspeed broadband). Mengapa Unifi lebih laju? Kerana dia mengguna fibre optic di mana terdapat lebih banyak jaluran yang digunakan untuk menghubungkan dari satu destinasi ke satu destinasi (ini dah macam nak belajar sains/engineering lah pulak). Haaa...lebih kurang itu lah. Agak-agak paham ke?


 Agak-agak terbuka sikit minda tu? Lets move to HOW? Yes, how oh how? How ni I got to leave it to the experts lah, at least yang berpengalaman lebih dari I. Like I said, saya masih belajar. Ok, to know more about it, you all boleh lihat di sini. The owner Kak Watie is a BFF of my SIL. Dari apa yang I tengok kat my niece ni after my SIL did all yang dia learn about ECE, memang proven! Ternyata BABIES ARE GENIUS! Kita je tak tau how.



So, I'm joining this seminar about ECE and I hope that you all can join too. Tidak terhad kepada siapa-siapa ye. Those yang memang interested, tercari-cari info kat google tu tapi tak banyak, maybe Kak Watie boleh share with us. Sila perah segala ilmu yang dia ada hokay! Dia tak kedekut ilmu. And owh yes, kalau you all still musykil or terasa I ni promote kakak ni terlebey-lebey sudah, boleh je baca testimonial those yang dah pergi ke that seminar sebelum ni.


 To tell you the truth, dulu memang negative thinking jugak lah I ni. Ye lah, terasa macam my SIL 'mendera' my niece tu. Yelah apa tidak nya, budak tu celik je mata dah di ajar membaca lah itu lah ini lah. I was like (gila challenging betul generasi budak-budak nih) but those thought were vanished (tanpa menggunakan produk pencuci vanished tu ye) when I'm pregnant. Oh haruslah KIASU jugak ye! Tak mau anak ku ketinggalan since I dah tengok my niece celik-celik mata dah kena belajar. This means that it's my baby's generation jugak. Jadi sebelum anak ku lahir telah ku ajar/stimulate dia. Owh baby dah start belajar semasa di dalam perut lagi ye (KIASU sangat tak haku?). Hey, Kak Watie said biar KIASU dari LESU. Bukanlah niat I nak bersaing, but for a good reason and future, why not? My SIL pun banyak share segala ilmu yang dia ada. SHARING IS CARING my dear reader.


So here I am sharing with you all something yang I rasa a good investment. Worth every Ringgit and Cents! (at least I'm gonna make it worth lah. Memang dasar accountant!!Hahahaa).

So, see you guys there? Nanti after the seminar I'll story lagi ye.


"ALL CHILDREN ARE BORN GENIUSES & we spend first 6 years of tehir lives degeniusing them" - R Buckwinster Fuller