Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, September 17, 2010

Pak Kassim Selamat Hari Raya

Before I start, nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua tak kira lah siapa pun, dimana pun. Raya-raya ni, entry pun kena lah berkenaan dengan Hari Raya kan? Ada satu kisah ni, happens couple years back kalau tak silap. Tak kisah lah dh berapa lama pun but the story masih lagi fresh dalam kepala ni.

Alkisah~

Setiap tahun memang akan pulang beraya ke Kelantan (this is before i get married)- my father's side, since side emak dah tak de atok nenek lagi dah. Jadi dah memang menjadi tradisi kami sekeluarga untuk pulang beraya di Kelantan. Travel by car ok! Dah tidur, bangun, tidur balik, bangun pun tak sampai-sampai nya lagi kami Labu! Travelling to Kelantan took us 8 freaking long hours! Ye! Betul! Hadap je lah setiap tahun. Apo nak buek. Nanti karang jadi cucu durhaka pulak.


Di pagi raya memang biasalah dengan sesi bersalaman memohon ampun dan maaf atas kesalahan yang dilakukan. Sob..sob..sob.. Drama lah sikit di pagi raya tu. Biasa tu semua biasa. Selepas Solat Sunat Aidilfitri, kami sekeluarga memang akan meninkmati juadah raya yang tak seberapa bersama-sama. kemudian baru sesi dramatis tu.


Biasanya raya pertama tu sedara mara lain akan datang menziarah kami, tapi tahun tu luar biasa lah pulak. Mano poie semua orang?! Takde pulak yang datang. Kan ke tak biasa tu. Jadi ayahanda decide to go to Kubur menziarahi pusara nendanya, moyang kami. Dek kerana sedang tengahari kembang dan kami yang anak-anak dara (mind you adik-adik semuanya perempuan) ni takut akan terkena sinaran UV yang akan menggelapkan kulit bagai zaman gelap ku itu, yang pergi cuma my 2nd sis n yang youngest beserta nenda terchenta - ye lah bonda dia punya pusara - Haruslah!

Nak di jadikan cerita, si adik (lurus skit orangnyer-alaa budak kecik) pun tanya lah sama omak den :

Adik : Dorang nak pegi mana?
Omak : Pergi kubur
Adik : Nak jumpa sape?
Omak : Zombie kampung pisang - Baru je lepas tayangan movie hari raya kat TV semalam.
Adik : *BLUR*
Kami : HAHAHAHAHA - ntah nape geli hati sangat tgk gelagat si adik yang always blur itu..alahai adik oh adik..

Hah.. dekat nak Asar dah, kedengaran bunyi kereta menanda kan dorang dah balik. Tak lama lepas tu, ada orang bagi salam.

Omak : Hah cemana? Ok tak?
(tanya mak kepada adik - almaklumlah iu lah kali pertama dia pegi kubur)
Adik : Hmm.. ok.
Angah : OK?! Ok pekebenda nyer, tak jumpa pun kubur nya!
Diriku : Abis tu korang pegi mana dah tak jumpa kubur nya?
Angah : Dah sampai, takkan nak balik, ayah cakap kita duduk je lah kubur memana pun baca Yaasin. Kitorang duduk je lah kubur sape-sape. Nasib lah sape yang dapat Yaasin tu.

* gelak yang giler lama dan panjang tak hengat bila dengar *

Ok sambung lagi...

Sedang dorang duduk baca Yaasin tu ada lah Pak cik ni datang..

Pakcik : Dari mana? Sedara ke dengan arwah mak saya?

OMG!!! Sebijik cerita Kassim Selamat Ok! Bukan cobaan, ini betul-betul!

* gelak guling-guling sampai rasa nak pecah perut *

Apa jadi next, korang buat lah assumption sendiri. Apa yang pasti, memang the best raya story i got and cerita ni musti akan di ulang setiap kali kami lalu di kawasan perkuburan. Biasalah, misti kena bahan kurang-kurang 5 tahun lagi kan?

Sejak dari itu, ayahanda I pun di gelar Pak Kassim Selamat oleh kami only bile lalu kawasan kubur. *hahahahah*

Pak Kassim Selamat, Selamat Hari Raya!

No comments:

Post a Comment

go on and spill it out..