Ahaaa..jumpa apa? Jumpa bila setiap hari nak pergi or balik dari pejabat. Standard lah kalau setiap pagi keluar pada waktu yang sama melalui jalan yang sama menuju ke destinasi yang sama selama 5 hari seminggu. Kadang-kadang 7 hari berturut pun lalui jalan yang sama. Tak bosan kah? Bosan untuk 5 hari lepas tu tak dah sebab lepas tu tujuan nya dah lain.
Ok ok, apa yang korang jumpa? Ke dah tak perasan apape dah sebab dah selalu sangat lalu jalan yang sama sampai boleh memandu sambil pejam mata. Dah expert sangat lah tu! Sila buka mata itu! Jangan nanti menyusahkan orang lain pula!
Musti korang yang keluar rumah setiap hari pada waktu sama tu, melalui jalan yang sama tu akan jumpa benda atau perkara yang sama. Macam contoh nya, eh kereta ni pun keluar sama dengan aku (untuk beberapa hari pertama), lepas tu kalau tak nampak kereta tu (eh takde pulak kereta tu semalam, dia cuti kot ke keluar lambat..eh kenapa aku kesah? Drive jelah pergi kerja sambil dengar radio tu).
Atau akan jumpa pemandu perempuan yang gila setiap kali nak pergi kerja dan bikin your blood go upstairs bila setiap kali berada di bontot keretanya atau dia tiba-tiba je berada di sebelah kereta korang dan mula nak start jadi gila dah yang tak sabar-sabar nak masuk lane tanpa memberi sebarang signal light lepas tu nak masuk lane korang tapi pandang the opposite way yang lepas tu juga buat korang mengelak sebab kegilaan dia yang boleh mengakibatkan statistik kemalangan di kawasan itu naik dan salah sorang contributor kepada statistik tu adalah korang dan juga dalam hati korang dah memaki hamun itu crazy lady driver terus spoil mood nak ke ofis dan sampai ofis muka trus kerut seribu! Habis facial malam tadi!
Ya, bagi yang menaiki public transport pula, mungkin korang akan terjumpa (ok, main agak je nih sebab kita drive ke ofis..hampun ya..tapi tak mo korang terasa di leftt out pulak kerana berkereta tak bermakno makcik kayo yah) minah or mamat yang sama (yang ni versi naik bas) lepas tu akan duduk tempat yang sama, lepas tu pasang mp3 kuat nak pekak telinga yang cuba menyaingi kekuatan radio dalam bas tu.
Atau..mamat yang wangi semerbak bila naik bas je confirm korang nak duduk dekat-dekat dengan dia sebab sekeliling kebanyakkan nya mamat indon yang bau baju macam kain tak kering di tambah perisa pulak dengan bau-bauan minyak rambut dan minyak wangi yang konon nya memang paling harum di seluruh semesta alam, yang mana bila mamat wangi tu takde korang dah macam ikan tak dapat air.Help! Help! Help!
Apa? Yang untuk naik LRT/Komuter cemana pulak? Penat lah den pikior. Apa kata korang pulak cerita kat haku. Bagi contoh-contoh dah lah.
Memang dasar blogger pemalas pikir betul kan? Apapo yo lah..makcik boring kat ofis sebenarnyo nih. Lepastu tetiba terasa annoyed by the crazy lady driver yang nasib baik tak ku jumpa hari ni. Kalau tidak musnah lah kebahagian Jumaat ku. Jangan lah terjumpa kau lagi atas jalan weiyh..bikin rosak aura pisitivity aku! (Tetiba je muka that crazy lady driver terlekat dalam kepala hotak ku dan tak mau keluar nih..)
Demm!